Amanz

12 小时前

Amanz
Manus milik Meta hari ini memperkenalkan penawaran yang agak menarik untuk para pengguna komputer Windows dan juga Mac, dinamakan My Computer. Melaluinya, ia membolehkan AI berejen dijalankan terus pada komputer, mengakses fail dan dokumen pada storan desktop, serta melakukan pelbagai tugasan dengan mudah dan pantas.

Ini sekaligus membawa Manus terus beroperasi di komputer, dan bukan di awanan sahaja seperti sebelum ini. Daripada beberapa contoh yang diberikan Manus adalah termasuk menyusun dokumen, menamakan semula dokumen, mengenal pasti objek dalam gambar, menguruskan folder, melaksanakan tugasan, malah turut membolehkan aplikasi ringkas dibangunkan dengan mudah dan pantas menggunakan Manus My Computer.

Manus mengatakan My Computer boleh beroperasi menggunakan GPU pada komputer, sekaligus membawa kepada pelbagai penerokaan kaedah penggunaan baharu. Untuk makluman, sebelum ini, Manus turut menawarkan integrasi bersama GMail dan Google Calendar, dan melalui integrasi My Computer, ia membawa kepada pelbagai kemudahan dan pengautomasian baharu.

Bagi anda yang berminat, boleh , dan menggunakan My Computer dalam memudahkan pelbagai urusan dan tugasan harian anda. Manus ditawarkan untuk Windows dan Mac.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description