Iran tidak akan tunduk kepada pengugut

15 小时前

Iran tidak akan tunduk kepada pengugut
TEHERAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa negara itu 'tidak akan menyerah kepada pengugut' dan menggesa masyarakat antarabangsa mengecam serangan Amerika Syarikat dan Israel serta memaksa pihak penceroboh mematuhi undang-undang antarabangsa.Dalam catatan di X pada Isnin, Pezeshkian merujuk kepada perbincangannya dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad, menekankan bahawa Iran tidak memulakan perang 'yang kejam ini'.Beliau menegaskan bahawa mempertahankan negara daripada pencerobohan adalah hak negaranya.Presiden Iran itu turut menekankan peranan pangkalan tentera Amerika di rantau ini yang digunakan menentang Iran, yang menurutnya bertujuan mengganggu hubungan Teheran dengan negara jiran, dan menyeru supaya aktiviti tersebut dihentikan.Beliau menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan serantau tidak boleh dicapai selagi serangan Zionis-Amerika terhadap Iran diabaikan.Pezeshkian menggambarkan permulaan perang berdasarkan maklumat palsu dan motif pengembangan kuasa sebagai 'tindakan zaman pertengahan pada abad ke-21'.Beliau menambah bahawa perbincangan mengenai hentikan pencerobohan tidak akan bermakna sehingga wujud jaminan bahawa tiada lagi serangan akan menyasar tanah Iran, menegaskan pendirian tegas negara itu terhadap pelanggaran wilayahnya.Sejak 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan operasi ketenteraan ke atas Iran, membunuh bekas Pemimpin Revolusi Islam Ali Khamenei serta beberapa komandan tentera kanan.Iran segera membalas dengan serangan roket dan dron terhadap wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan tentera AS di negara-negara serantau. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description