Elak pembaziran, masjid pilih agih barangan dapur ganti moreh
12 小时前
SHAH ALAM - Bukan juadah seperti kebiasaan, sebaliknya barangan dapur seperti gula, kicap dan sos menjadi 'moreh' unik di Masjid Ar Rahman, Kerpan di Kedah sehingga mencetuskan fenomena tular setiap malam sepanjang Ramadan.Setiausaha masjid tersebut, Sabri Syafie berkata, berbeza dengan kebanyakan masjid lain, moreh di masjid itu tidak lagi tertumpu kepada makanan, sebaliknya diberikan dalam bentuk barangan keperluan dapur.Katanya, pendekatan itu dipilih bagi mengelakkan pembaziran memandangkan waktu pulang lewat selepas solat tarawih menyebabkan makanan kurang dimanfaatkan."Jika beri makanan, kadang-kadang orang tak makan (moreh) sebab dah lewat malam. Jadi kita tukar kepada barangan dapur yang boleh digunakan lebih lama."Sebagai contohnya, masjid beri gula, sos, kicap, susu dan pelbagai lagi. Ada yang boleh simpan sampai raya," katanya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, beberapa video agihan barangan dapur Masjid Ar Rahman Kerpan dikongsikan menerusi akaun Tik Tok sabrialkerpani tular hingga meraih antara 118,900 hingga 571,100 tontonan.Sabri berkata, perubahan daripada pemberian makanan kepada barangan dapur mula dilakukan sekitar awal tahun 2000, selaras dengan perubahan keperluan masyarakat."Dulu kita bagi makanan sebab susah nak dapat. Sekarang makanan mudah diperoleh, jadi kita sesuaikan dengan keadaan semasa," jelasnya.Tambah beliau, setiap malam kira-kira 200 unit barangan akan diagihkan kepada jemaah yang hadir.Menurutnya, setiap kampung dalam kawasan berkenaan akan mengambil giliran menyediakan moreh, selain turut disertai agensi, sekolah, peniaga serta individu yang ingin menyumbang."Dalam kawasan ini ada kira-kira 16 kampung. Setiap kampung akan ambil satu malam untuk sediakan moreh, selain agensi dan peniaga yang turut serta."Maknanya sepanjang 30 hari Ramadan, setiap hari ada sumbangan berbeza," kongsi beliau lagi.Menurutnya, konsep pemberian itu juga memberi peluang kepada kariah untuk berkongsi rezeki secara lebih praktikal dan bermanfaat."Ini juga satu cara untuk menggembirakan masyarakat. Semua orang seronok dan saling membantu antara satu sama lain," katanya.Selain itu, beliau turut memaklumkan program agihan beras kepada golongan memerlukan juga dilaksanakan setiap minggu, khususnya pada hari Jumaat.Katanya, inisiatif itu telah berjalan hampir 10 tahun sebagai usaha membantu golongan kurang berkemampuan.Dalam pada itu, Sabri menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan tradisi pemberian barangan dapur berkenaan kepada kariah masjid....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

