Perkasakan kesaksamaan gender melalui media yang beretika, bertanggungjawab/Advance gender equality through ethical, responsible media
1 天前
[ENGLISH VERSION BELOW] Amalan media yang beretika dan bertanggungjawab menjadi semakin penting dalam era di mana naratif digital mampu membawa manfaat atau kemudaratan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan.
Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang diraikan setiap tahun pada 8 Mac, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Majlis Media Malaysia (MMM) ingin menzahirkan komitmen bersama untuk memperkasa kesaksamaan gender, memelihara maruah manusia, serta memperkukuh amalan media yang beretika dan bertanggungjawab di Malaysia.
Hari Wanita Antarabangsa adalah peringatan penting bahawa prinsip kesaksamaan dan tanpa diskriminasi bukan sahaja perlu diterjemahkan dalam undang-undang dan dasar, tetapi juga dalam wacana awam.
Media mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk sikap masyarakat, membina naratif awam, serta pilihan untuk mengukuh atau mencabar stereotaip yang memudaratkan. Oleh itu, amalan media yang responsif terhadap gender serta pemghormatan hak asasi manusia adalah penting dalam usaha membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif dan adil.
Susulan perbincangan yang konstruktif antara kedua-dua institusi, Suhakam dan MMM telah menyatakan hasrat untuk memperkukuh dialog dan kerjasama titik pertemuan antara hak asasi manusia dan tadbir urus media.
Kerjasama ini mencerminkan peranan saling melengkapi antara kedua-dua institusi, serta pengiktirafan bersama bahawa kewartawanan yang beretika dan perlindungan hak asasi manusia adalah saling memperkukuh antara satu sama lain.
Suhakam, yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, diberi mandat untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, termasuk kesaksamaan, maruah dan kebebasan bersuara.
MMM pula, yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025, merupakan sebuah badan berkanun bebas yang bertanggungjawab untuk memastikan kewartawanan beretika, mentadbir kod etika majlis media, mengurus aduan berkaitan amalan media yang tidak beretika, serta memperkukuh kepercayaan awam terhadap media.
Kerjasama ini mengiktiraf kebebasan dan mandat berkanun kedua-dua institusi di samping menggalakkan dialog demi kepentingan awam.
Antara bidang kerjasama yang dilihat berpotensi adalah inisiatif pembangunan kapasiti, pembangunan modul latihan, serta penubuhan kumpulan kerja bagi meneliti etika media melalui perspektif gender.
Kedua-dua institusi berhasrat untuk meneroka langkah-langkah untuk:
Inisiatif-inisiatif ini secara umumnya adalah selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC), yang menekankan kepentingan menangani stereotaip yang memudaratkan, diskriminasi berasaskan gender serta keganasan melalui pendekatan pencegahan dan pendidikan.
Inisiatif ini amat penting, berikutan kecenderungan gangguan dalam talian serta penyebaran maklumat salah berunsur gender yang semakin meruncing.
Seiring transformasi digital yang terus mengubah landskap media di Malaysia, peningkatan penyebaran maklumat salah dan kemunculan teknologi baharu menuntut agar kebebasan media dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta penghormatan terhadap maruah manusia.
Menegakkan standard etika dan memelihara kebebasan bersuara merupakan asas penting untuk memastikan akauntabiliti demokratik dan memupuk kepercayaan awam.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini, Suhakam dan MMM menyeru para pengamal media, editor, pembuat dasar serta masyarakat umum untuk bersama-sama memupuk persekitaran media yang mempromosikan kesaksamaan, keadilan dan rasa hormat.
Memajukan hak wanita dan memperkukuh kewartawanan beretika merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen berterusan ke arah hak, keadilan dan tindakan.
Pesuruhjaya Suhakam Melissa Akhir berkata: “Hari Wanita Antarabangsa mengingatkan kita tentang kepentingan mewujudkan persekitaran media yang mempromosikan kesaksamaan, keadilan dan rasa hormat.
“Memajukan hak wanita dan memperkukuh kewartawanan beretika merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen berterusan.”
Ahli lembaga MMM, Gayathry Venkiteswaran, berkata: “MMM berbesar hati untuk bekerjasama dengan Suhakam dalam inisiatif yang sangat penting ini bagi memperkukuh kesaksamaan dan sensitiviti gender dalam liputan berita, kerana kami mengiktiraf bahawa pelaporan yang beretika, adil dan inklusif adalah penting untuk membina kepercayaan awam serta memperkukuh wacana demokrasi.
“Pelaporan yang sensitif terhadap gender membantu orang ramai memahami realiti dan sumbangan semua anggota masyarakat, yang membawa kepada kewartawanan yang lebih tepat dan perbahasan awam yang lebih bermaklumat.
“Pada Hari Wanita Antarabangsa ini, kami berkomited untuk memajukan standard bilik berita yang bukan sahaja melindungi kebebasan akhbar tetapi juga melindungi wartawan wanita daripada diskriminasi, gangguan dan ancaman yang menjejaskan keupayaan mereka untuk melaporkan secara bebas dan selamat.”
Suhakam dan MMM menegaskan bahawa ekosistem media yang peka kepada isu gender, selaras dengan hak asasi manusia dan dilaksanakan secara bertanggungjawab, adalah asas penting untuk memastikan setiap individu, tanpa mengira gender, dapat mencapai kehidupan yang bermaruah, saksama dan selamat. – Suhakam/MMM
English version
Advancing gender equality through ethical and responsible mediaIn an era where digital narratives can either empower or endanger women and girls, ethical and responsible media practices are more critical than ever.
Therefore, in conjunction with International Women’s Day 2026 on 8 March, the Malaysian human rights commission, Suhakam, and the Malaysian Media Council (MMM) jointly reaffirm our shared commitment to advancing gender equality, safeguarding human dignity, and strengthening ethical and responsible media practices in Malaysia.
International Women’s Day serves as a timely reminder that equality and non-discrimination must be reflected not only in law and policy, but also in public discourse.
The media play a powerful role in shaping societal attitudes, influencing narratives, and reinforcing or challenging harmful stereotypes. As such, strengthening gender-responsive and rights-respecting media practices are essential to building a more inclusive and just society.
Following constructive engagement between both institutions, Suhakam and MMM have expressed their intention to strengthen dialogue and cooperation at the intersection of human rights and media governance.
This engagement reflects the complementary roles of both institutions and shared recognition that ethical journalism and human rights protection are mutually reinforcing.
Suhakam, established under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999, is mandated to promote and protect human rights, including equality, dignity, and freedom of expression.
MMM, established under the Media Council Act 2025, is an independent statutory body responsible for upholding ethical journalism, administering the media council’s code of conduct, managing complaints on unethical media practices, and strengthening public trust in the media.
This engagement recognises the independence and statutory mandates of both institutions while encouraging dialogue in the public interest.
Areas of potential collaboration may include joint capacity-building initiatives, the possible development of training modules, and the exploration of a working group to consider media ethics through a gender lens.
In this regard, both institutions intend to explore ways to:
These initiatives are broadly aligned with Malaysia’s commitments under the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (Cedaw) and the United Nations Convention on the Rights of the Child, which underscore the importance of addressing harmful stereotyping, gender-based discrimination, and violence through preventive and educational approaches.
Recent trends in online harassment and gendered misinformation underscore the urgency of this initiative.
As Malaysia navigates an evolving media landscape shaped by digital transformation, misinformation, and emerging technologies, media freedom must continue to be exercised with responsibility and respect for human dignity.
Upholding ethical standards while safeguarding freedom of expression is fundamental to democratic accountability and public trust.
In commemorating International Women’s Day, Suhakam and MMM call upon media practitioners, editors, policymakers and the public to collectively foster a media environment that promotes equality, fairness and respect.
Advancing women’s rights and strengthening ethical journalism are shared responsibilities that require sustained commitment towards rights, justice and action.
Melissa Akhir, a Suhakam commissioner, said: “International Women’s Day reminds us of the importance of fostering a media environment that promotes equality, fairness and respect. Advancing women’s rights and strengthening ethical journalism are shared responsibilities that require sustained commitment.”
Gayathry Venkiteswaran, an MMM board member, said: “The Malaysian Media Council is pleased to work with Suhakam on this very important initiative to strengthen gender equality and sensitivity in news coverage, as we recognise that ethical, fair and inclusive reporting is essential to public trust and democratic discourse.
“Gender-sensitive reporting helps the public better understand the realities and contributions of all members of society, leading to more accurate journalism and more informed public debate.
“We at the Malaysian Media Council commit to advancing newsroom standards that both safeguard press freedom and protect women journalists from discrimination, harassment and threats that undermine their ability to report freely and safely.”
Together, both Suhakam and MMM reaffirm that a gender-responsive, rights-aligned and accountable media ecosystem is fundamental to ensuring that all individuals, regardless of gender, can participate in public life with dignity, equality and safety. – Suhakam/MMM
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

