'Satu lagi tontonan lebih dahsyat' terhadap musuh Iran menjelang malam ini
10 小时前
TEHERAN – Komander Angkatan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigedier Jeneral Majid Mousavi, memberi amaran bahawa pihaknya akan melancarkan serangan balas paling dahsyat setakat ini terhadap musuh Iran.Dalam mesej kepada rakyat pada Rabu, beliau menyatakan bahawa ruang udara musuh akan berubah menjadi 'satu lagi tontonan yang lebih dahsyat' menjelang malam ini.Menurut beliau, peningkatan serangan balas itu adalah sebagai tindak balas terhadap tuntutan rakyat yang mahu IRGC melancarkan pukulan lebih keras terhadap musuh susulan kekejaman yang didakwa dilakukan ke atas negara itu.Mousavi turut menegaskan bahawa pihak musuh tidak berupaya memaksa Iran menerima kekalahan.Kenyataan tersebut dibuat ketika jutaan rakyat berhimpun di seluruh negara bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan republik Islam itu susulan konflik berterusan yang melibatkan Israel dan Amerika Syarikat.Konflik itu dilaporkan mengorbankan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ali Khamenei, selain beberapa komander kanan tentera serta orang awam.Sebagai tindak balas, angkatan bersenjata Iran telah melancarkan sekurang-kurangnya 60 gelombang serangan balas yang disifatkan sebagai tepat dan berkesan terhadap sasaran strategik Amerika Syarikat dan Israel di seluruh rantau tersebut.Antara sasaran utama termasuk Tel Aviv, bandar suci yang diduduki, al-Quds, pelabuhan Haifa serta Be'er Sheva yang merupakan hab teknologi Israel.Pangkalan Amerika Syarikat di Asia Barat termasuk di Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait turut menjadi sasaran serangan balas intensif.Operasi tersebut, yang diberi nama Janji Benar 4, menyaksikan penggunaan ratusan peluru berpandu balistik, hipersonik dan peluru berpandu kruis selain dron serangan.-Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

