Amanz
13 小时前
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa AMD juga dijangka bakal hadir dengan kemaskini untuk beberapa cip pemprosesan ZEN 5 mereka tersendiri, dari siri AMD Ryzen 9000. Sama seperti Intel, AMD dilaporkan akan mengemaskini sekurang-kurangnya dua CPU dari siri AMD Ryzen 7 dan Ryzen 5 9000.

Ini juga bukanlah kali pertama AMD hadir dengan kemaskini CPU mereka sendiri. Sebelum ini, mereka juga telah memperkenalkan cip seperti AMD Ryzen 9 3900XT, AMD Ryzen 9 5900XT dan sebagainya. Tetapi untuk kali ini, AMD nampaknya akan mengambil contoh dari pihak Intel, dan akan menjenamakan penaiktarafan ini dengan menukar angka model.
Jadi sebagai contoh, cip pemprosesan AMD Ryzen 7 9700X misalnya akan hadir dengan nama model AMD Ryzen 7 9750X, dan bukan AMD Ryzen 9700XT seperti sebelum ini. Memperlihatkan pada CPU-CPU yang dikemaskini sebelum ini, secara lazimnya ia hanya memperlihatkan peningkatan dari segi prestasi melalui IPC dan frekuensi kelajuan dan juga peningkatan penggunaan kuasa elektrik.
Tetapi perkara ini tidak disahkan lagi kerana setakat ini tiada butiran yang diketahui mengenai CPU-CPU baru ini.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

