Indonesia pertimbang potong gaji menteri
23 小时前
JAKARTA - Indonesia sedang mempertimbangkan pemotongan gaji menteri sebagai sebahagian daripada langkah mengetatkan fiskal dan cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat peringkat Kabinet dalam masa terdekat.Menurut Agensi Berita Antara, Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya berkata, perkara itu masih pada peringkat perbincangan tanpa sebarang keputusan dibuat setakat ini."Tiada sebarang keputusan (berkenaan cadangan itu)," katanya pada Selasa.Beliau juga menyatakan bahawa idea itu bukan berasal daripada pejabatnya.Isu berkenaan meraih perhatian berikutan kenyataan Menteri Kewangan Purbaya Yudhi Sadewa sebelum ini yang berkata beliau tidak akan membantah langkah seperti itu, sambil menyatakan sebarang keputusan bergantung pada Presiden Prabowo Subianto.Purbaya juga mencadangkan pengurangan sekitar 25 peratus, walaupun tiada angka rasmi ditetapkan.Kenyataan beliau dibuat dalam konteks usaha meningkatkan kecekapan belanjawan termasuk kemungkinan pemotongan perbelanjaan merentas kementerian dan agensi. - Bernama
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

