'Tahap kesihatan mental membimbangkan' - Pakar psikologi Iran gesa dialog nilai kestabilan psikologi Trump

17 小时前

'Tahap kesihatan mental membimbangkan' - Pakar psikologi Iran gesa dialog nilai kestabilan psikologi Trump
TEHERAN - Sekumpulan pakar psikologi Iran menggesa rakan sejawat mereka di Amerika Syarikat mengadakan dialog profesional berhubung tahap kesihatan mental Presiden negara itu, Donald Trump yang didakwa menimbulkan kebimbangan terhadap keamanan global.Dalam surat terbuka yang ditandatangani oleh Iranian Psychological Society, mereka menyeru penilaian saintifik terhadap corak tingkah laku Trump yang disifatkan berpotensi memberi kesan besar kepada kestabilan dunia.Menurut kandungan surat tersebut, pakar berkenaan mempersoalkan sama ada terdapat mekanisme di Amerika Syarikat untuk menilai dan memastikan kestabilan psikologi seorang Presiden yang sedang memegang jawatan.Mereka turut menyenaraikan beberapa ciri tingkah laku yang membimbangkan, termasuk retorik agresif, kecenderungan mencari perhatian melampau, kurang empati, sifat narsisistik, impulsif dan kecenderungan membuat kenyataan bercanggah serta berunsur ancaman terhadap negara lain.Surat itu menyatakan ciri-ciri tersebut berpotensi menunjukkan gangguan personaliti tertentu, sekali gus menimbulkan persoalan serius terhadap keupayaan membuat keputusan pada peringkat tertinggi.Selain itu, mereka mengaitkan keadaan tersebut dengan konflik semasa melibatkan Amerika Syarikat dan Iran yang menurut mereka memberi kesan psikologi jangka panjang kepada masyarakat awam.Pakar psikologi berkenaan berharap surat itu dapat membuka ruang perbincangan membina antara komuniti psikologi kedua-dua negara, sambil menegaskan tanggungjawab bersama dalam memastikan kesejahteraan mental global dan keamanan dunia.Pada masa sama, isu kesihatan mental Trump turut menjadi perdebatan di Amerika Syarikat, dengan sebahagian pihak mencadangkan penggunaan Pindaan ke-25 Perlembagaan Amerika Syarikat bagi menilai keupayaan beliau untuk terus memegang jawatan.- Agensi ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description