IRGC lancar sistem pelancar roket berkembar buat kali pertama dalam perang

16 小时前

IRGC lancar sistem pelancar roket berkembar buat kali pertama dalam perang
TEHERAN — Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran melancarkan serangan balas menggunakan sistem pelancar roket berkembar buat pertama kali dalam konflik menentang serangan Amerika Syarikat-Israel, pada 7 April 2026.Jabatan Perhubungan Awam IRGC berkata, pelancaran yang berlaku pada awal pagi Selasa itu menandakan fasa penting dalam operasi balas Iran dengan sasaran menumpukan kepada wilayah tengah dan selatan kawasan diduduki Israel.Antara bandar utama yang terjejas ialah Rishon Letzion, Petah Tikva, Be’er Sheva dan Tel Aviv, dengan lebih 30 lokasi strategik menjadi sasaran.Roket jenis Kheybar-Shekan digunakan dalam serangan berkenaan. Roket ini terkenal kerana ketepatannya dan kemampuan menyerang tapak strategik penting.IRGC memberi amaran bahawa serangan balas yang lebih berat akan dijalankan terhadap wilayah diduduki itu, dengan semua pusat industri, infrastruktur, dan kem tentera Israel menjadi sasaran sebagai tindak balas terhadap jenayah kejam ke atas Iran.Komander IRGC Aerospace Force, Brigadier Jeneral Seyyed Majid Mousavi, mengesahkan penggunaan pelancar roket berkembar buat pertama kali dan menyifatkannya sebagai permulaan 'fasa baharu' dalam operasi balas Iran.Beliau berkata, "Fasa baharu perang bermula dengan pelancar berkembar untuk roket Fateh dan Kheybar-Shekan, menjadikan semua serangan berganda."Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada Gelombang 99 Operasi Janji Benar 4, di mana IRGC menegaskan bahawa Iran tidak pernah dan tidak akan menjadi pihak yang menyerang sasaran awam terlebih dahulu.Konflik ini tercetus sejak 28 Februari apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel memulakan perang tanpa provokasi terhadap Iran, termasuk pembunuhan Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, serta beberapa komander ketenteraan utama.Sebagai tindak balas, Iran memulakan operasi balas bersiri yang turut menumpukan serangan roket dan dron terhadap wilayah diduduki Israel serta pangkalan AS di beberapa negara serantau.-Agensi ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description