Amanz
1 天前
Tahun ini mereka melancarkan Nothing Headphone (a), ini adalah fon kepala yang lebih mampu milik dari Headphone (1). Jika Headphone (1) tidak sesuai dengan anda, mungkin Headphone (a) ini boleh menjadi solusinya. Teruskan baca artikel ulasan ini untuk ketahui lebih lanjut.
Spesifikasi Nothing Headphone (a)JenisFon telinga belakang tertutupPemandu40mm Dinamik Bersalut TitaniumDitala Oleh NothingMikrofon4 mikrofonBateri1060 mAh90 Jam ANC62 jam tanpa ANCPort pengecasUSB-CPengecasan nirwayarTiadaCODECAAC, SBC,LDACSistem operasi disokongSemuaSokongan pembantu mayaSemuaPad KawalanSuis kuasa,Butang Bluetooth,Pedal kawalanButang sesentuhKemampuan kalis airIP52Harga Jualan RM699Hitam, Putih, Kuning dan PinkRekaan Dan PenggunaanNothing Headphone (a) secara ringkasnya mengambil sedikit DNA rekaan yang ada pada Headphone (1) cuma ada juga perbezaan kecil pada Headphone (a) ini contohnya rekaan bahagian luaran pada cawan telinga ini lebih membulat. Perbezaan yang lain adalah pada pilihan warnanya sahaja yang kali ini nampak lebih ceria namun untuk unit kami yang berwarna hitam ini lebih nampak klasik.

Bahan binaan Headphone (a) ini juga berbeza kerana kali ini ia banyak menggunakan bahan plastik jadi ia menampakkan fon kepala ini kurang premium tapi apa yang bagusnya adalah ia lebih ringan dari Headphone (1) jadi ia tidak terlalu membebankan kepala apabila memakai dalam waktu yang lama. Hanya penyambung antara cekak kepala dan cawan telinga sahaja yang menggunakan bahan jenis aluminium. Sebab utama Nothing menukar bahan binaan kepada plastik ini adalah untuk mengurangkan lagi harga jualan Headphone (a) ini.


Terdapat span lembut pada cawan telinganya dan ini mungkin adalah span yang sama sahaja seperti yang ada pada Headphone (1). Pada bahagian cekak kepala juga terdapat span yang lembut. Jika anda menggunakan fon kepala ini di luar, anda akan terasa telinga anda cepat panas dan tidak selesa namun pada kawasan seperti pejabat yang berhawa dingin ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Perkara yang baik lagi adalah cawan telinga ini dapat tutup keseluruhan telinga dengan baik dan dapat beri pembatalan hingar pasif secara tidak langsung.

Nothing masih lagi mengekalkan butang fizikal pada Headphone (a) ini dan kedudukannya juga sama seperti yang ada pada Headphone (1). Pada bahagian bawah cawan telinga, terdapat suis kuasa untuk menghidupkan fon kepala ini, sambungan USB C dan bicu audio 3.5mm untuk menggunakannya secara berwayar.
Bahagian sisi mempunyai butang berbentuk bujur untuk mengawal aras suara dan mod ANC, butang padel untuk melangkau muzik ke depan dan belakang . Bahagian luar cawan telinga terdapat butang pelbagai fungsi mengikut keselesaan pengguna. Butang sambungan Bluetooh sahaja yang sedikit lain dimana ia terletak pada dalam cawan telinga.

Nothing Headphone (a) ini juga mengekalkan isu yang sama seperti Headphone (1) dahulu dimana ia tidak boleh dilipat kepada bentuk yang lebih kecil untuk tujuan penyimpanan. Tambahan lagi, Nothing tidak memberikan bekas simpanan sebaliknya memberikan beg simpanan yang kualitinya terasa agak murah. Selain itu, fon kepala ini juga tiada sensor proximity terbina jadi lagu atau audio yang anda sedang mainkan tidak akan berhenti secara automatik ketika membuka fon kepala ini.
Kualiti AudioJujur sebenarnya saya tiada apa-apa harapan tinggi tentang kualiti audio pada Nothing Headphone (a) ini. Ini kerana, kali ini Nothing tiada bekerjasama dengan mana-mana syarikat audio untuk talaan bunyi pada Headphone (a) ini. Headphone (a) menggunakan pemandu bersaiz 40mm yang disalut titanium dengan talaan bunyi dari mereka sendiri. Jadi bagaimanakah bunyi yang dihasilkan oleh fon kepala ini?

Pada tanggapan pertama, bunyi yang dihasilkan ini mempunyai bass yang lebih tinggi malah lebih tinggi dari Headphone (1). Ini adalah salah satu ciri pada fon kepala yang mampu milik iaitu mempunyai bass yang agak tinggi. Bass ini lebih terasa apabila mengaktifkan fungsi ANC. Pada frekuensi pertengahan atau ‘mid’, ia terasa sedikit mencucuk walaupun mempunyai bass yang tinggi. Vokal penyanyi pula kadang-kadang terasa nipis dan menjauh lebih lagi kepada penyanyi lelaki atau yang mempunyai ‘key’ rendah.

Secara ringkasnya, Nothing Heaphone (a) ini mempunyai profil bunyi ‘warm’. Ini tidak mengejutkan kerana profil bunyi ini adalah lebih umum dan sesuai untuk kebanyakan orang. Jika anda kurang gemar bunyi pada fon kepala ini, anda masih boleh mengubah sedikit bunyi melalui EQ. Dari segi pementasan bunyi pula bukanlah yang terbaik dan bukanlah yang terlalu bunyi, ia masih boleh terasa namun tidak terlalu luas dan bunyi instrument juga agak berkecamuk jika menggunakan EQ standard.
ANC & Mod TembusDisebabkan cawan telinga pada fon kepala ini dapat memberikan sedikit pembatalan hingar pasif ia sedikit sebanyak membantu semasa mengaktifkan pembatalan hingar aktif. Bunyi bising dalam LRT Kelana Jaya masih lagi boleh dengar sedikit jika anda tidak memainkan apa-apa. Ada sedikit kesan vakum ketika mengaktifkan fungsi ANC dan seperti yang saya katakan tadi apabila menggunakan ciri ANC ini ia seakan memberikan sedikit ‘boost’ pada bass.

Untuk mod tembus pula berfungsi dengan baik kerana ia menggunakan 4 mikrofon yang ada pada fon kepala ini untuk meningkatkan bunyi persekitaran. Namun saya terasa yang bunyinya seakan diproses kerana apabila anda membuka fon kepala ini ia terasa anda mendengar persekitaran yang lain.
Aplikasi – Nothing XSudah beberapa produk audio Nothing yang saya cuba dan saya masih suka dengan aplikasi Nothing X ini. Antaramuka dalam aplikasi sangat kemas dan juga tidak memeningkan walaupun untuk pengguna yang baru. Ketika artikel ini ditulis, tiada apa-apa ciri tambahan baru untuk Headphone (a) ini dan kebanyakan ciri yang ada masih sama seperti yang ada pada Headphone (1).
Hanya pada ciri audio spatial sahaja yang ada tambahan sedikit iaitu mod Concert dan Cinema. Ciri ini hanya menukarkan arah dari mana audio itu datang sahaja dan tidaklah terlalu istimewa pada pendapat saya.

Kalau anda tidak suka dengan bunyi sedia ada pada Headphone (a), anda boleh mengubah sedikit dengan menggunakan Equalizer 8-band yang ada dalam Nothing X ini. Jika anda, tidak faham bagaimana ia berfungsi atau tidak tahu untuk mengubahnya, anda muat turun sahaja beberapa preset pengguna lain yang ada dalam Nothing Playground dan terus masuk ke Nothing X.

Melalui Nothing X ini juga anda boleh mengubah fungsi butang yang ada seperti butang bahagian luar cawan telinga dan butang berbentuk bujur kerana itu sahaja butang yang boleh diubah fungsi setakat ini. Secara ringkasnya, fungsi dan kawalan yang ada pada Headphone (a) ini masih lagi sama seperti abangnya Headphone (1).
BateriNothing Headphone (a) ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 1060 mAh dan mengikut Nothing ia mampu bertahan selama 62 jam penggunaan dengan fungsi ANC beserta LDAC. Ketahanan baterinya ini lebih baik dari Headphone (1) dan mampu mengalahkan pesaing lain yang mempunyai harga yang lebih tinggi.

Saya boleh menggunakan fon kepala ini seminggu tanpa cas sebaik sahaja dibuka dari kotak. Dari segi pengecasan pula, ia menyokong pengecasan pantas 5 minit untuk 5 jam penggunaan bersama ANC dan untuk pengecasan penuh dari bateri yang kosong pula akan memakan masa sehingga 2 jam.
Apa Dalam Kotak 1x Nothing Headphone (1). 1x Beg simpanan kanvas. 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C. 1x Kabel audio 3.5mm. 1x Manual. 1x Kad jaminan.
Kesimpulan Nothing Headphone (a) ini jelas ditujukan kepada mereka yang ingin mencari satu fon kepala yang nampak premium melalui rekaan yang unik pada harga yang tidak membocorkan poket sendiri. Namun saya sarankan untuk cuba dulu Headphone (a) ini sebelum membeli untuk ketahui adakah kualiti audionya menepati citarasa anda. Ini bukanlah fon kepala yang akan memberikan kualiti audio yang terbaik sebaik sahaja keluar dari kotak, anda perlu biasakan diri dengan mengubah tetapan EQ untuk audio yang lebih baik.

Pro
Rekaan sangat unik. Pilihan warna yang menarik. Sangat selesa di kepala dan ringan. Butang fizikal pelbagai fungsi. Bateri tahan lama. Harga yang lebih mampu milik.Kontra
Tidak boleh dilipat. Perlukan EQ untuk audio lebih seimbang Beg simpanan terasa murah. Butang tambatan Bluetooth di posisi yang aneh. Tiada sensor proximity menjeda muzik secara automatik.
]]>...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

