Amanz

17 小时前

Amanz
LinkedIn merupakan salah satu platform sosial yang terkenal, terutamanya dalam kalangan pengguna profesional dan untuk tujuan mencari kenalan kerja. Platform LinkedIn sendiri menjadi salah satu platform yang menyaksikan perkongsian pelbagai kandungan ilmiah dan menarik, termasuk dalam bentuk video. Selain itu, LinkedIn turut bereksperimen dengan permainan dan sebagainya.

Tidak setakat itu, mengikut laporan, LinkedIn pernah cuba untuk membeli salah satu platform buletin terkemuka, iaitu Beehiv. Ia digunakan ramai penerbit kandungan, penulis dan syarikat media dalam menguruskan penghantaran kandungan kepada pengikut mereka, termasuk menguruskan pembayaran dan langganan. Pesaing terdekat untuk Beehiv adalah Substack.

Pihak LinkedIn mungkin melihat untuk memperluaskan pasaran buletin atau newsletter ini, yang semakin meningkat popularitinya kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi sama ada perbincangan berkenaan masih diteruskan atau sebaliknya.

Untuk makluman, Facebook sebelum ini pernah cuba penawaran mereka sendiri, tetapi ditamatkan tidak lama selepas itu. Sementara X pula sedia membolehkan penerbitan kandungan artikel panjang dan menguruskan langganan terus melalui platform mereka sendiri.

From last night's ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description