Amanz

15 小时前

Amanz
Di acara GrabX yang berlangsung hari ini, Anthony Tan, CEO dan pengasas bersama Grab telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan robot penghantaran mereka sendiri yang dilihat akan membantu rakan penghantaran makanan khususnya mereka yang perlu mengambil dan menghantar makanan dari pusat membeli-belah.

Robot ini, yang dinamakan Carri sedang dibangunkan untuk tujuan penghantaran makanan dalam bangunan dan di luar bangunan, dan dengan kemampuan sedia-ada, pihak pembangun robot ini didalam Grab sendiri mengatakan bahawa ia mampu melakukan kedua-dua aktiviti tersebut sekarang.

Carri dikatakan akan menggunakan sistem kecerdasan buatan, kebarangkalian untuk tujuan pemetaan untuk membolehkannya mengambil makanan dan menghantar ke lokasi-lokasi yang ditetapkan. Carri hadir dengan sistem LIDAR dan juga kamera untuk membantunya mencari jalan dan juga mengelakkan halangan dan juga orang ramai.

Daripada apa yang kita tahu setakat ini, robot ini juga akan hadir dengan panel digital di bahagian belakang yang akan membolehkan

Kelak, Carri dikatakan mampu mengambil dan menghantar pesanan daripada pelbagai pengguna, dan akan dimuatkan dengan fungsi penyimpanan dimana pengguna hanya akan boleh membuka ruang penyimpanan mereka sahaja. Banyak ciri-ciri lain juga akan diperkenalkan kelak sebelum ia dilancarkan secara umum.

Grab juga sedang membangunkan pelbagai ciri keselamatan yang lain untuk memastikan robot ini tidak menghadapi isu vandalisme atau kerosakan yang serius. Butiran tambahan seperti bateri dan jarak perjalanan tidak dapat disahkan lagi, tetapi untuk ujian demo yang diperlihatkan, robot ini boleh digerakkan sepanjang hari tanpa masalah.

Anthony Tan mengatakan bahawa Carri akan dibangunkan bukan untuk menggantikan rakan penghantar mereka, tetapi untuk membantu mereka dalam mempercekapkan proses penghantaran makanan. Menurut beliau, Carri dianggarkan akan mengurangkan pembaziran masa rakan penghantar sebanyak 10 peratus.

Rakan pemandu kelak tidak perlu berjalan masuk dan keluar pusat membeli-belah untuk mengambil pesanan tersebut dan menghantarnya kepada pembeli, membolehkan rakan penghantaran untuk mengambil lebih banyak permintaan untuk menambahkan pendapatan mereka.

Buat masa ini, robot-robot ini masih dalam fasa pembangunan dan ujian, dan ia tidak diketahui lagi bagaimanakah model penggunaan dan pembayaran untuknya, atau jika Grab akan menampung kos penggunaannya secara sendiri sahaja.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description