Penjual lokcing kaut upah RM15 satu trip, seludup petrol ke Thailand
9 小时前
TUMPAT - Seorang penjual lokcing dipercayai menjadikan kegiatan menyeludup petrol sebagai pendapatan sampingan apabila menerima upah antara RM10 hingga RM15 bagi setiap trip membeli bahan api itu.Lelaki warganegara Thailand berusia 52 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sehingga tiga kali sehari menggunakan sebuah motosikal dalam serbuan di sekatan jalan raya (SJR) Neting, Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1 tengah hari ketika menunggang motosikal jenis Honda Click bernombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan.Menurut beliau, pemeriksaan ke atas motosikal itu menemukan dua tong jerikin berisi petrol dianggarkan 20 liter setiap satu serta sebotol lutsinar mengandungi 1.5 liter petrol."Jumlah keseluruhan petrol yang dirampas dianggarkan sebanyak 21.5 liter."Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku mengisi petrol di beberapa stesen minyak sekitar Wakaf Bharu dan Tumpat sebelum diseludup ke Thailand," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Ujar beliau, suspek yang bekerja sebagai penjual lokcing di sekitar Tumpat dipercayai menjadikan kegiatan itu sebagai sumber pendapatan tambahan.Tambahnya, nilai rampasan keseluruhan termasuk motosikal dan petrol dianggarkan RM4,083.21.Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut.Ahmad Radzi berkata, pihaknya akan terus memperketatkan pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi mengekang kegiatan penyeludupan petrol dan diesel melalui laluan tidak diwartakan di kawasan sempadan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

