Amanz

1 天前

Amanz
Google Malaysia hari ini telah mengadakan acara Google 2026 APAC Online Safety Dialogue yang mana mereka telah mengumumkan sejumlah ciri-ciri keselamatan digital baru untuk pengguna, dan bersama-samanya, kerjasama dengan pelbagai pihak di rantau ASEAN dan APAC untuk memastikan bahawa aplikasi-aplikasi yang ditawarkan melalui Google Play Store adalah selamat untuk dimuat-turun dan digunakan.

Diantara pengumuman yang dibuat ialah berkenaan pengenalan fungsi Enhanced Fraud Protection (EFP) dibawah payung ciri keselamatan Google Play Protect untuk pasaran Malaysia. Dengan ciri tersebut, Google Play Protect akan sentiasa mengimbas aplikasi-aplikasi di Google Play Store untuk aplikasi yang meminta kebenaran untuk mengakses empat API sensitif sesebuah peranti, termasuklah READ_SMS, RECEIVE_SMS, BIND_Notifications, dan Accessibility.

Selain daripada itu, ciri EFP juga akan menghalang aplikasi daripada memintas kod OTP yang diterima melalui SMS dan menghalangnya daripada merakam skrin ataupun input daripada aplikasi kewangan dan perbankan. Ciri ini telahpun diuji di India dan Singapura sebelum ini.

Ciri Google Play Protect secara lazimnya akan diaktifkan secara lalai pada setiap peranti moden, tetapi jika anda mahu mengaksesnya sendiri, anda boleh ke laman Settings atau Tetapan pada aplikasi Google Play Store anda, dan ia boleh dilihat dibawah menu Google Play Protect.

Dalam pada itu, Google Play Store juga kelak akan meminta pembangun dan institusi kewangan tempatan untuk menambahkan akauntabiliti terhadap keselamatan aplikasi yang ditawarkan melalui perisian Google Play Store:

Pengesahan Pembangun Android (Android Developer Verification): Pengesahan identiti pembangun mandatori akan diperkenalkan untuk menghalang pesalah tegar daripada mengedarkan aplikasi berbahaya. Menjelang 2027, semua aplikasi pada peranti Android yang disahkan di Malaysia mestilah datang daripada pembangun yang sah. Pengesahan perkhidmatan kewangan (Financial Services Verification, FSV): Mulai 14 April 2026, pengiklan yang mempromosikan perkhidmatan kewangan mesti disahkan oleh pengawal selia seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum boleh menjalankan iklan di platform Google, bagi membantu menyekat promosi kewangan yang bersifat penipuan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description