Amanz

1 天前

Amanz
Dreame ialah syarikat yang terkenal dengan penghasilan robot vakum. Tetapi hari ini di San Francisco, mereka secara mengejut memperlihatkan EV konsep yang dilengkapi sistem pecutan roket berkembar. Dreame Nebula Next 01 Jet Edition boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 0.9 saat sahaja dibantu oleh dua enjin roket bahan api pepejal di bahagian belakang. Masa tindak balas sistem roket ialah 150ms dengan tujahan 100 kN. Dreame Nebula Next 01 Jet Edition

Apabila sistem roket tidak digunakan, ia menggunakan motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri keadaan pepejal yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 550 km (CLTC). Dreame belum berkongsi kuasa keseluruhan motor, dan jumlah motor yang digunakan pada Nebula Next 01 Jet Edition.

Di CES Vegas Januari lalu, Dreame Nebula Next 01 diperlihatkan dengan ia dilengkapi empat motor elektrik setiap satunya berkuasa 469 kuasa kuda dengan output keseluruhan 1903 kuasa kuda. Versi tanpa enjin roket ini boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 1.8 saat dengan Dreame mengatakan mereka bercadang menawarkan EV pertama menjelang 2027.

Nebula Next 01 

Ia turut mempunyai sistem swapandu yang menggunakan LiDAR bagi pengesanan sehingga 600 meter di hadapan. Seperti Tesal Cybertruck, kereta hiper ini menggunakan sistem stereng berwayar yang tidak bersambung secara fizikal dengan tayar kenderaan.

Dreame Nebula Next 01 Jet Edition masih sekadar konsep tanpa maklumat sama ada ia akan ditawarkan sebagai kereta produksi sebenar di masa hadapan. Yang dilakukan Dreame ini memang mengejutkan tetapi ianya tidak mustahil kerana Xiaomi dahulunya mengeluarkan telefon dan powerbank murahan tetapi sudah melancarkan dua EV prestasi tinggi dalam masa hanya lima tahun.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description