Amanz

11 小时前

Amanz
Lovable, salah satu perkhidmatan sempoicara yang popular, hari ini turut memperkenalkan aplikasi mudah-alih rasmi mereka di iOS dan Android, sekaligus memudahkan anda untuk sempoicara di mana-mana walaupun tiada desktop di hadapan anda.

Untuk makluman, dengan sempoicara, anda boleh memberikan input berasaskan teks untuk aplikasi atau web yang anda inginkan, dan seterusnya dengan sokongan kecerdasan buatan ia akan membangunkan aplikasi atau web yang anda kehendaki.

Menggunakan aplikasi mudah-alih, anda boleh menyertakan prom untuk apa yang anda ingin tambah atau ubah, sekaligus memastikan anda tidak terlupa dengan idea anda ketika berada di luar atau tanpa akses kep komputer. Lovable pada Android dan IOS turut akan memaklumkan apabila pembangunan anda tersedia, untuk anda mulakan ujiannya.

Bagi anda yang aktif menggunakan Lovable, boleh memuat-turun aplikasi mudah-alih hari ini, dan menggunakannya dalam sempoicara anda.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description