Amanz
9 小时前

Menerusi kerjasama pempengaruh dan anggota muda ATM, perkongsian pengalaman sebenar dapat dilakukan. Media sosial pula boleh dijadikan platform mempromosikan teknologi terkini yang digunakan oleh aset ketenteraan negara.
Elemen e-sukan dan kandungan yang lebih dekat dengan minat generasi muda juga akan digunakan. Antara persoalan yang dapat dijelaskan kepada beliau ialah laluan kerjaya, prospek masa depan dan apakah faedah yang boleh dinikmati sekiranya menjadi anggota ATM.
Isu mendapatkan rekrut baharu dihadapi bukan sahaja oleh ATM tetapi angkatan tentera global. Dengan dunia sedang bergolak, kerjaya dalam bidang tentera dilihat sebagai berisiko tinggi. Kesemua usaha yang ingin dilakukan oleh ATM di atas adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh Pentagon untuk menarik anak muda di Amerika Syarikat. Yang paling berkesan ialah kerjasama dengan Call of Duty serta mengintegrasikan alat kawalan Xbox pada sistem senjata yang digunakan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

