India atasi England, jadi kumpulan migran terbesar di Australia
13 小时前
SYDNEY – Rakyat India kini menjadi kumpulan migran terbesar di Australia, mengatasi England buat kali pertama dalam sejarah, sekali gus mencerminkan perubahan besar dalam landskap demografi negara itu.Data terbaharu daripada Australian Bureau of Statistics (ABS) menunjukkan seramai 971,020 penduduk Australia dilahirkan di India, bersamaan 5.2 peratus daripada jumlah populasi, sedikit mengatasi 970,950 yang dilahirkan di England.Kumpulan migran ketiga terbesar pula ialah dari China seramai 732,000 orang, diikuti New Zealand dengan 638,000 orang.Migrasi sejak sekian lama menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Australia, membantu negara itu mengelak kemelesetan sejak awal 1990-an, kecuali penguncupan singkat semasa pandemik.Bagaimanapun, peningkatan jumlah penduduk luar negara turut mencetuskan perdebatan politik, terutama ketika Australia berdepan krisis kekurangan perumahan terburuk dalam tempoh beberapa dekad.Peratusan penduduk kelahiran luar negara meningkat kepada 32 peratus pada 2025, berbanding 29.5 peratus pada 2022, selepas sempadan antarabangsa dibuka semula pasca pandemik.Isu migrasi itu turut memberi lonjakan sokongan kepada parti populis One Nation, yang sekian lama berkempen menentang kemasukan pendatang, dipimpin oleh Pauline Hanson. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

