Budaya politik semakin matang di Johor - Tunku Mahkota Ismail
12 小时前
JOHOR BAHRU – Perjalanan Persidangan Dewan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung dengan tertib, teratur dan penuh hormat mencerminkan kematangan demokrasi serta budaya politik yang semakin matang di negeri ini.Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah DUN Johor merupakan sebuah dewan yang mulia dan menjadi wadah penting untuk merangka dasar serta mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat."Rakyat sedang memerhati dan menilai setiap tindakan wakil rakyat. Oleh itu, segala usaha baik yang telah dilaksanakan perlu diteruskan, manakala kelemahan yang ada harus segera diperbaiki."Setiap keputusan dan dasar yang dibuat mestilah benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta memastikan pembangunan negeri berjalan seimbang," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Persidangan DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, pada Khamis.Baginda mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor agar terus fokus terhadap amanah yang telah diberikan dan tidak menganggap tugas mereka sekadar hadir ke persidangan semata-mata."Tanggungjawab kita bukan sekadar hadir, tetapi memastikan setiap dasar dan keputusan membawa impak kepada rakyat."Kekalkan kesantunan, perbincangan yang matang dan semangat untuk berkhidmat. Insya-ALLAH dengan usaha yang berterusan, Johor akan terus maju, disegani dan dihormati."Jangan abaikan amanah rakyat dan pastikan Johor sentiasa menjadi Johor," titah baginda.Kedudukan kerusi di Dewan Negeri Johor (DUN) kekal stabil dengan Barisan Nasional (BN) terus memegang mandat majoriti dua pertiga daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.Sehingga kini, BN menguasai 40 kerusi, diikuti oleh Pakatan Harapan (PH) dengan 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) sebanyak 3 kerusi, dan MUDA dengan satu kerusi. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

