Polis UK serbu pusat kumpulan agama Ahmadi di Crewe
10 小时前
LONDON - Sekitar 500 anggota polis dari pelbagai pasukan di utara England telah dikerahkan dalam satu operasi besar-besaran menyerbu ibu pejabat kumpulan Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) di Crewe, Cheshire, berhubung siasatan dakwaan jenayah seksual serius, pemerdagangan manusia dan perkahwinan paksa.Polis Cheshire mengesahkan sembilan individu telah ditahan dan kini berada dalam tahanan bagi membantu siasatan.Serbuan turut melibatkan beberapa premis lain milik kumpulan berkenaan di kawasan sama.Siasatan ini bermula selepas pihak polis dimaklumkan pada Mac lalu mengenai seorang wanita yang kini menetap di Republik Ireland, yang mendakwa menjadi mangsa rogol dan penderaan seksual ketika berada di ibu pejabat AROPL pada tahun 2023.Mangsa ketika itu merupakan ahli kumpulan tersebut.Dalam operasi itu, enam lelaki dan tiga wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk pemerdagangan manusia, serangan seksual, rogol, perkahwinan paksa dan kesalahan berkaitan perhambaan moden.Suspek terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Mexico, Sepanyol, Mesir, Itali dan Sweden.Selain itu, 13 individu lain turut ditahan atas kesalahan ketenteraman awam yang tidak berkait langsung dengan siasatan utama.Ketua Superintenden Polis Cheshire, Gareth Wrigley, menegaskan siasatan tertumpu kepada individu yang disyaki, bukan kepada agama atau kepercayaan kumpulan tersebut."Walaupun mereka yang ditahan adalah ahli kumpulan, ini bukan siasatan terhadap agama. Ini adalah siasatan terhadap dakwaan serius yang telah dilaporkan kepada kami," katanya.Beliau menambah bahawa pihak polis mengambil semua laporan penderaan seksual dengan serius dan komited untuk memastikan keadilan ditegakkan.AROPL berpangkalan di sebuah bangunan bekas rumah anak yatim tersenarai Gred II di Crewe sejak 2021.Kumpulan itu mendakwa ia merupakan gerakan agama aman yang berakar daripada ajaran Syiah, namun sering dikritik kerana kepercayaan luar biasa termasuk teori konspirasi.Kumpulan itu turut mempunyai status badan amal di United Kingdom dan mendakwa beroperasi secara telus, namun siasatan berasingan sebelum ini turut menyentuh isu visa pekerja mahir serta dakwaan kawalan dalaman terhadap ahli.Sekitar 150 ahli dilaporkan tinggal di bangunan tersebut bersama kira-kira 56 kanak-kanak yang menjalani pendidikan di rumah. Pihak berkuasa tempatan sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan aspek perlindungan kanak-kanak diambil kira sepanjang siasatan dijalankan.Sementara itu, pihak AROPL melalui peguamnya menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan semua dakwaan sebagai tidak berasas.- Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

