Purata harga kelapa sawit, getah meningkat sepanjang 4 hingga 8 Mei
23 小时前
PURATA harga kelapa sawit meningkat 1.2 peratus daripada RM4,502 kepada RM4,558 satu tan manakala harga getah meningkat 2.3 peratus iaitu daripada 854 sen kepada 874 sen sekilogram bagi tempoh 4 hingga 8 Mei.Perkembangan mengenai dua komoditi utama negara itu dimaklumkan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir susulan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 10 Tahun 2026.Akmal Nasrullah berkata, perkembangan tersebut dijangka menyokong pendapatan eksport negara dan memberi limpahan positif kepada pekebun kecil serta aktiviti ekonomi domestik dalam sektor perladangan.Menyentuh sektor pembuatan, beliau berkata, momentum pertumbuhan terus positif apabila Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia meningkat kepada 51.6 pada April berbanding 50.7 pada Mac lalu iaitu paras tertinggi dalam tempoh empat tahun."Bacaan melebihi paras 50 menunjukkan aktiviti sektor pembuatan sedang berkembang, disokong oleh peningkatan permintaan, aktiviti pengeluaran dan keyakinan firma."Namun begitu, laporan PMI juga menunjukkan firma pembuatan mula membina stok keselamatan dan berdepan tempoh penghantaran pembekal yang lebih panjang."Ini bermakna sektor pembuatan masih berkembang, tetapi sedang menyesuaikan operasi dengan risiko bekalan dan kos input yang lebih tinggi," katanya.Beliau berkata demikian menerusi siaran langsung taklimat krisis bekalan global di Facebook Kementerian Ekonomi pada Selasa.Tambahnya, prestasi pengeluaran negara masih kukuh apabila Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus pada Mac lalu, dipacu oleh pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 5.5 peratus.Katanya, keadaan itu menunjukkan aktiviti perindustrian negara masih bergerak, khususnya dalam subsektor berorientasikan eksport seperti komputer, produk elektronik dan optikal walaupun berdepan tekanan luaran dalam aspek tenaga, logistik serta input pengeluaran."Bagi sektor perkhidmatan pula, Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 2.1 peratus pada suku pertama 2026 berbanding 1.0 peratus pada suku sebelumnya."Kenaikan ini dipacu oleh subsektor penginapan serta makanan dan minuman (F&B) sebanyak 5.7 peratus serta pengangkutan sebanyak 3.8 peratus."Perkembangan ini memberi isyarat bahawa tekanan kos sudah mula bergerak kepada sektor yang lebih hampir dengan pengguna," ujarnya lagi....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

