Dua kanak-kanak antara sembilan terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan
12 小时前
ISTANBUL - Sembilan mangsa termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan pada Rabu, dalam pelanggaran terbaharu perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Kesihatan Lubnan dan media tempatan.Menurut kementerian itu dalam kenyataan, tiga serangan udara Israel menyasarkan kawasan pantai Barja, Jiyeh dan Saadiyat di sepanjang lebuh raya yang menghubungkan Beirut ke Sidon dan selatan Lubnan, membunuh lapan orang termasuk dua kanak-kanak.Satu lagi serangan dron menyasarkan sebuah kenderaan berhampiran Rafic Hariri Sports City, utara Sidon, membunuh seorang mangsa dan mencederakan seorang lagi, lapor agensi berita negara NNA.Sejak 2 Mac, serangan Israel di Lubnan telah membunuh lebih 2,840 orang, mencederakan lebih 8,690, dan menyebabkan lebih 1.6 juta orang kehilangan tempat tinggal iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi penduduk, menurut pegawai Lubnan.Tentera Israel meneruskan serangan setiap hari di Lubnan dan berbalas tembakan dengan kumpulan Lubnan Hizbullah meskipun gencatan senjata diumumkan pada 17 April dan dilanjutkan hingga 17 Mei. - Bernama/Anadolu...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

