Amanz
10 小时前

Kamera ini hadir dengan sensor Stacked (bertindan) CMOS 66.8MP bingkai penuh yang menyokong rakaman video sehingga 8K di samping sokongan tambahan 4K120p untuk rakaman gerak perlahan. Ia juga menawarkan kemampuan rakaman berterusan sehingga 30fps menggunakan e-shutter dan 10fps secara mekanikal serta menyediakan pilihan pre-capture dan Speed Boost yang boleh dilaras untuk rakaman aksi.


Pre-capture ialah fungsi yang membolehkan kamera merakam beberapa bingkai sebelum butang pengatup ditekan sepenuhnya, manakala Speed Boost pula membolehkan kadar rakaman berterusan (burst rate) dinaikkan atau dikurangkan dengan cepat semasa butang khas ditekan. Kedua-duanya berfungsi sebagai kawalan segera untuk menyesuaikan kelajuan rakaman mengikut keperluan.


Kamera ini turut menggunakan sistem penstabilan imej 5-axis IBIS dengan penstabilan sehingga 8.5 stops yang membolehkan rakaman tanpa penggunaan aksesori tambahan seperti tripod dilakukan dengan lebih stabil. Seterusnya, julat ISO bermula dari 50 hingga maksimum 102,400 sesuai untuk pelbagai keadaan pencahayaan.



Kamera ini juga menyokong dua slot kad memori CFexpress Type A dan SDXC UHS-II serta dilengkapi sokongan Bluetooth, USB-C, HDMI dengan output 4:2:2 12-bit bersama bicu audio 3.5mm dan PC Sync. Badan kamera ini mempunyai berat lebih kurang 730g tanpa lensa di samping hadir dengan viewfinder HDR 9.44 juta titik (dot) yang memberikan paparan lebih jelas.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

