Delegasi AS buang hadiah diberi China sebelum naik Air Force One

14 小时前

Delegasi AS buang hadiah diberi China sebelum naik Air Force One
BEIJING – Delegasi Amerika Syarikat (AS) yang mengiringi Presiden Donald Trump dilaporkan membuang semua hadiah yang diberikan pihak China sebelum menaiki pesawat Air Force One selepas lawatan rasmi ke Beijing.Menurut laporan The Economic Times yang memetik wartawan White House New York Post, Emily Goodin, hadiah seperti telefon sementara (burner phone), pas keselamatan, pin dan cenderamata dikatakan dibuang ke dalam tong sampah berhampiran tangga pesawat di Lapangan Terbang Beijing Capital sebelum berlepas.Goodin menerusi hantaran di platform X mendakwa arahan keselamatan itu sangat ketat."Tiada apa dari China dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat," katanya.Laporan itu turut mendakwa anggota delegasi AS meninggalkan semua peranti elektronik peribadi di rumah dan hanya menggunakan telefon sementara khas sepanjang lawatan sebagai langkah keselamatan siber.Menurut laporan berkenaan, tindakan tersebut mencerminkan kebimbangan berterusan Washington terhadap keupayaan pengintipan siber China dan risiko pengumpulan data menerusi peranti elektronik atau cenderamata.Insiden itu berlaku walaupun lawatan dua hari Trump ke Beijing bersama Presiden China, Xi Jinping dipaparkan dalam suasana mesra dan diplomatik.Bagaimanapun, beberapa ketegangan dilaporkan berlaku di sebalik lawatan tersebut termasuk isu keselamatan dan akses media sepanjang program rasmi berlangsung.Antara insiden yang dilaporkan berlaku ialah pertikaian ketika lawatan Trump dan Jinping ke 'Temple of Heaven' apabila ejen Perkhidmatan Rahsia AS dikatakan dihalang masuk kerana membawa senjata api mengikut protokol keselamatan standard.Keadaan itu menyebabkan akses media tertangguh hampir 90 minit sebelum dibenarkan masuk selepas rundingan antara pegawai kedua-dua negara.Walaupun kedua-dua pemimpin mempamerkan hubungan mesra, AS dan China masih berdepan perbezaan besar dalam isu perdagangan, teknologi, Taiwan dan konflik Iran.Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Rumah Putih berhubung laporan mengenai pembuangan barangan tersebut....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description