Pertemuan Trump-Jinping: Menang, kalah atau seri?
12 小时前
BEIJING– Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping di Beijing baru-baru ini dilihat lebih kepada usaha meredakan ketegangan dua kuasa besar dunia berbanding mencari pemenang mutlak dalam persaingan geopolitik semasa.Dalam suasana simbolik di taman bersejarah Zhongnanhai, Jinping cuba menggambarkan kepentingan sejarah dan tanggungjawab bersama kedua-dua negara untuk mengelakkan konflik besar antara kuasa dunia.Pertemuan itu turut mencerminkan perbezaan pendekatan kedua-dua pemimpin apabila Jinping dilihat memberi fokus kepada kestabilan jangka panjang dan sejarah dunia, manakala Trump lebih menumpukan manfaat segera untuk AS.Dari sudut Beijing, Jinping boleh dianggap memperoleh kemenangan diplomatik apabila berjaya mendapatkan persetujuan Trump terhadap kerangka hubungan baharu China-AS yang disifatkan sebagai 'konstruktif dan stabil secara strategik'.Penganalisis Universiti Nanjing, Prof Zhu Feng berkata, konsep kestabilan strategik itu bertujuan menjadikan kerjasama sebagai asas hubungan kedua-dua negara sambil mengekalkan persaingan dalam batas tertentu.Ia juga menunjukkan hasrat Beijing supaya Washington melihat China sebagai kuasa setara dan bukannya rakan junior.Trump pula mendakwa memperoleh kejayaan apabila China dikatakan bersedia membantu menangani krisis Iran selain komitmen pembelian 200 pesawat Boeing.Namun beliau tidak berjaya memperoleh perjanjian perdagangan besar seperti yang diharapkan.Sementara, pemerhati berpandangan kedua-dua pihak sengaja mengelakkan pengumuman besar dalam sidang kali ini bagi memberi ruang kepada lebih banyak rundingan pada masa depan.- Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

