​'Terima kasih sudi bantu pindahkan emak saya yang terlantar'

11 小时前

​'Terima kasih sudi bantu pindahkan emak saya yang terlantar'
KUALA TERENGGANU – "Terima kasih kerana sudi membantu memindahkan emak saya yang terlantar uzur disebabkan penyakit lima serangkai."Demikian kata Mohamad Rosharul Helmi Dollah, 36, yang merupakan salah seorang penduduk di Kampung Hiliran Jejawi di sini yang terpaksa akur untuk berpindah dari kawasan penempatan itu selepas menerima notis pengosongan daripada pihak berkuasa.Ibunya, Rina Hussin, 68, merupakan pesakit kronik yang menghidap penyakit lima serangkai termasuk strok, kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang, selain sebelah kakinya terpaksa dipotong.Menurut Mohamad Rosharul Helmi, ibunya telah dipindahkan ke sebuah rumah sewa sementara di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Losong, pada Sabtu."Kami akan menyewa rumah itu sehingga projek perumahan flat yang bakal dibina di tapak asal rumah kami ini siap sepenuhnya."Dalam situasi sekarang, ada sesetengah penduduk tidak mahu berpindah, tetapi bagi kami, kami bukan sengaja mahu melengah-lengahkan masa memandangkan notis untuk keluar sehingga 19 Mei ini dan amat sukar untuk memindahkan pesakit terlantar kerana perlu pengangkutan yang sesuai."Sebab itu saya amat berterima kasih kepada UMNO Kuala Terengganu dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Terengganu yang melancarkan urusan pemindahan emak saya hari ini," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.Jelasnya lagi, isu berkenaan bukanlah masalah politik kerana mereka sedar dan faham status tanah tersebut adalah milik kerajaan, namun rata-rata penduduk di situ sudah menetap lebih daripada 30 tahun."Kami di pihak yang terjejas ini dijanjikan ‘bulan dan bintang’, tetapi kami tidak mahu semua itu. Cukup sekadar pihak berkaitan menyediakan penempatan semula dan hak yang sewajarnya seperti mana perjanjian awal."Tetapi sekarang, tiada apa yang kami dapat sama ada pampasan atau saguhati. Jika tidak diusahakan sendiri, kami tidak akan mendapat penempatan sementara ini," ujarnya yang mengakui sukar meninggalkan ibunya bersendirian dalam keadaan yang cukup uzur.Sementara itu, kakaknya, Rohaiza Dollah, 43, yang menggalas tanggungjawab sepenuhnya menjaga Rina berkata, dia berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan penempatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran."Jika boleh dapat di PPR Hiliran, saya bersyukur sangat kerana lokasinya lebih dekat untuk urusan mengambil dan menghantar anak ke sekolah, selain dekat dengan adik-beradik yang lain."Ia juga akan memudahkan urusan saya untuk menjaga emak yang telah uzur sejak lima tahun lalu. Kalau tiada orang yang menjaga, memang emak terpaksa duduk seorang diri," katanya.Difahamkan, sebanyak 17 keluarga di Kampung Hiliran Jejawi diarahkan keluar dari tanah yang didiami kerana penempatan itu dibina di atas tanah kerajaan.Sehingga kini, penduduk mendakwa masih tiada pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan negeri berhubung isu penempatan semula mereka.Sebelum ini, pada 20 April lalu, penduduk di kawasan itu telah menerima notis mengosongkan kawasan tersebut.Mengikut notis berkenaan, penduduk didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) kerana menduduki tanah milik Kerajaan Negeri.Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 425(1A) KTN, individu terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.Melalui notis terbabit, penduduk diberi tempoh selama 30 hari untuk mengosongkan kawasan dan merobohkan sendiri struktur binaan sebelum tindakan penguatkuasaan penuh diambil oleh pihak berkuasa selepas 19 Mei ini tanpa sebarang rayuan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description