Himpunan Daulat Tuanku tentang habis-habisan penderhakaan terhadap Islam, institusi diraja

9 小时前

Himpunan Daulat Tuanku tentang habis-habisan penderhakaan terhadap Islam, institusi diraja
SHAH ALAM - Penganjur Himpunan Daulat Tuanku menegaskan sebarang bentuk penderhakaan dan kebiadaban terhadap agama Islam serta institusi diraja wajib ditentang habis-habisan.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendakwa tindakan beberapa pemimpin DAP yang terus-menerus membangkitkan isu berkaitan penternakan babi di Selangor disifatkan sebagai tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurut beliau, apabila adab terhadap Sultan Sharafuddin mula dipersoalkan dan sensitiviti masyarakat Islam terus diuji, rakyat berhak bangkit menyatakan pendirian secara aman serta bermaruah."Kita melihat perkara ini sebagai kebiadaban terhadap institusi diraja dan titah Sultan Selangor."Sepatutnya titah baginda dihormati dan dilaksanakan, bukannya terus dipersoalkan."Justeru, kita menubuhkan gabungan rakyat untuk mendaulatkan institusi diraja dengan akronimnya ‘Daulat’ agar ia menjadi titik asas utama dalam menentang segala bentuk penderhakaan dan kebiadaban," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Himpunan Daulat Tuanku di pekarangan pintu utama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di sini pada Sabtu.Dianggarkan hampir 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 2,000 peserta perarakan Himpunan Daulat Tuanku memenuhi pekarangan pintu utama Pejabat SUK Selangor dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menzahirkan solidariti dan ikrar taat setia kepada Sultan Sharafuddin.Antara pemimpin yang hadir menyampaikan pidato ialah bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil; Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.Turut kelihatan Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar; aktivis undang-undang, Rafique Rashid Ali; Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, Datuk Markiman Kobiran dan ramai lagi.Himpunan itu diadakan susulan kontroversi membabitkan titah baginda baru-baru ini yang menegaskan ‘full stop’ terhadap isu ladang babi hingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat, khususnya rakyat Selangor.Mohamed Sukri menambah, himpunan tersebut diadakan bukan untuk membangkitkan kebencian atau provokasi, tetapi atas dasar solidariti dan ikrar taat setia terhadap titah Sultan Sharafuddin.Ditanya tentang rasional himpunan tersebut diadakan di hadapan SUK Selangor dan bukannya di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, jelas Mohamed Sukri, ia kerana isu ladang babi sekali lagi diperdebatkan di dalam bangunan kerajaan negeri ketika sidang DUN sedangkan perkara itu sepatutnya tidak lagi dibahaskan."Penganjur buat di hadapan SUK kerana di sinilah berlakunya kebiadaban itu. Ia sebagai simbolik kebersamaan rakyat kepada Tuanku dan bagi saya, kemuliaan dewan ini perlu dijaga."Saya dah pergi ke pejabat ADUN Seri Kembangan sebelum ini. Kami desak beliau mohon maaf."Ingin saya tegaskan sekali lagi, rakyat tidak akan sesekali membenarkan penderhakaan terhadap titah Sultan Selangor berlaku lagi," ujarnya.Dalam pada itu, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Selangor, Datuk Dr Ibrahim Ali memaklumkan Sekretariat Himpunan Daulat Tuanku memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kedaulatan Raja.Jelasnya, ia bertujuan mencegah dan menghukum mana-mana pihak atau individu yang mempersoalkan titah diraja, menghina, mengeji, memperlekeh, mempersenda atau melakukan apa-apa tindakan mencemarkan martabat Raja-Raja Melayu serta institusi diraja."RUU ini sebagai satu mekanisme perundangan khas yang memperuntukkan pihak yang menghina Raja-Raja Melayu atau institusi diraja boleh ditahan tanpa waran mahkamah selama dua minggu oleh pegawai kanan polis untuk tujuan siasatan."Ia juga memperuntukkan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tahanan selama setahun dan boleh diperbaharui dari tahun ke tahun jika tidak insaf atas perbuatan mempersenda Raja-Raja Melayu dan institusi diraja tanpa perbicaraan di mahkamah."Sekretariat juga memohon penubuhan Lembaga Kesetiaan Negara yang berperanan menilai tindakan lucut kewarganegaraan mana-mana pihak yang melakukan penderhakaan dan penghinaan sama ada dari segi percakapan atau apa jua bentuk perbuatan terhadap institusi Raja-Raja serta kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan," tegas beliau lagi....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description