Amanz
1 天前

Setakat ini, tiada spesifikasi penuh didedahkan untuk model di Malaysia. Namun, realme mengesahkan semua model akan hadir dengan bateri berkapasiti besar. Khususnya, model P4 Power 5G berpotensi menjadi pelopor teknologi bateri di pasaran ini dengan kapasiti 10,000mAh sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam industri. Sementara itu, P4x dan P4 Lite pula menawarkan ketahanan bateri yang baik dengan sokongan pengecasan pantas.
Turut diberi perhatian ialah sokongan pengalaman permainan lebih lancar melalui skrin dengan kadar segar semula tinggi yang digabungkan bersama perisian dan perkakasan dioptimumkan bagi memastikan pengalaman tanpa gangguan. Selain itu, teknologi AI Gaming Engine turut disertakan untuk kawalan fungsi seperti pecutan prestasi, kestabilan rangkaian dan pengurusan sumber latar belakang sekali gus memberikan pengalaman permainan yang lebih konsisten.
Nantikan pengumuman lanjut daripada realme berhubung barisan peranti baharu mereka ini termasuk tarikh pelancaran rasminya di Malaysia.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

