Warga emas hilang ketika cari sarang burung di Gua Tepadung ditemui - Bomba
17 小时前
LAHAD DATU - Seorang warga emas, Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung minggu lepas, ditemukan selamat oleh pekerja ladang di kawasan berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di sini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pengurus ladang berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan penemuan lelaki itu."Pasukan bomba telah ke lokasi mangsa ditemukan bagi mengesahkan perkara itu dan warga emas itu berada dalam keadaan selamat namun lemah," katanya kepada Bernama hari ini.Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung bersama dua rakannya di Gua Tepadung pada 26 Mei dan usaha mencari lelaki itu dilakukan secara sendiri namun berdepan jalan buntu.Polis kemudian menerima laporan pada Ahad lepas sebelum operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan termasuk melibatkan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

