Mesyuarat Exco Negeri Sembilan tiada bincang bubar DUN
15 小时前
SEREMBAN - Beberapa Exco Negeri Sembilan memaklumkan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada Rabu.Bagaimanapun, mereka mengakui mesyuarat kali ini tamat lebih awal berbanding kebiasaan.Exco Pelancongan, Nicole Tan Lee Koon ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mesyuarat terbabit hanya membincangkan isu pentadbiran kerajaan negeri."Mesyuarat biasa sahaja, tiada perbincangan mengenai pembubaran DUN. Namun kali ini ia tamat lebih awal berbanding kebiasaan kerana semua pihak bersetuju dengan perkara yang dibentangkan," katanya.Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J Arul Kumar turut mengesahkan perkara sama bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai pembubaran DUN termasuk soal pilihan raya.Malah, beliau berkata, sepanjang memegang jawatan Exco, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan."Betul, mesyuarat kali ini tamat lebih awal kerana semalam cuti umum dan sebelum itu juga cuti, jadi tidak banyak laporan yang perlu dibentangkan."Namun soal pembubaran DUN tidak dibincangkan langsung kerana perkara itu melibatkan Menteri Besar dan Tuanku."Sebelum ini pun perkara tersebut tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat Exco," katanya.Sebelum ini, media melaporkan sidang akhbar pasca-MMK yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari dibatalkan.Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah ketika memaklumkan perkara itu berkata, pembatalan tersebut dibuat berikutan Datuk Seri Aminuddin Harun mempunyai urusan penting.Beliau bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai urusan terbabit....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

