Tiga suspek terlibat kes samun di Ipoh, Pulau Pinang dikenal pasti
10 小时前
IPOH - Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor, Ahad lepas.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pemilik kedai runcit terbabit.Beliau berkata, kesemua lelaki itu turut dipercayai terlibat dalam jenayah sama di sebuah kedai serbaneka di Nibong Tebal, Pulau Pinang."Dalam kejadian tersebut (di kedai runcit), tiga lelaki tempatan telah memasuki premis berkenaan dengan membawa parang sebelum melarikan wang tunai serta beberapa barangan milik mangsa wanita yang berumur lingkungan 20 tahun," katanya dalam kenyataan.Muhammad Najib berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kejadian itu turut tular menerusi media sosial.Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek yang menyerang seorang lelaki dengan parang dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Taman Bistari, Ahad lepas.Beliau berkata, suspek melarikan wang tunai, beberapa kotak rokok dan satu beg silang dengan kerugian dianggarkan RM500, manakala mangsa lelaki berusia 27 tahun yang cedera di kepala dan kedua-dua tangan dirawat di Hospital Sungai Bakap sebelum dirujuk ke Hospital Sunway Pulau Pinang serta dilaporkan stabil. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

