Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki meletus
17 小时前
JAKARTA - Sebuah gunung berapi yang sangat aktif di timur Indonesia meletus beberapa kali pada Jumaat.Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) merekodkan letusan kuat Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores pada jam 11.15 pagi (waktu tempatan) yang turut membebaskan debu tebal setinggi 2.5 kilometer (km) di permukaan udara.Ia kini berada pada tahap amaran kedua tertinggi dengan zon larangan dikuatkuasakan dalam lingkungan lima kilometer dari kawahnya.PVMBG turut memberi amaran kepada komuniti berhampiran sungai terhadap risiko banjir lahar iaitu aliran lumpur vulkanik sekiranya hujan lebat berlaku.Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa telah menggantung operasi di lapangan terbang di bandar Maumere terletak kira-kira 60km di barat Lewotobi Laki-Laki hingga menjejaskan lima penerbangan domestik.Pada Julai 2025, ia pernah memuntahkan kepulan abu setinggi 18km ke udara, sekali gus memaksa pembatalan 24 penerbangan di lapangan terbang Pulau Bali. - AFP...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

