Gencatan senjata Lubnan-Israel sekadar retorik

17 小时前

Gencatan senjata Lubnan-Israel sekadar retorik
BEIRUT - Israel sekali lagi mengingkari gencatan senjata yang dipersetujui pada Rabu apabila meneruskan operasi ketenteraan di selatan Lubnan.Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Jumaat mengeluarkan arahan pemindahan paksa ke atas komuniti di tiga perkampungan di utara Sungai Litani."Demi keselamatan masing-masing, penduduk di kawasan terlibat perlu meninggalkan rumah mereka dan menjauhkan diri sekurang-kurangnya 1,000 meter dari kawasan terbuka."Sesiapa yang berada berhampiran anggota Hizbullah, kemudahan atau senjata milik kumpulan itu berisiko mengancam nyawa sendiri," menurut jurucakap IDF, Avichay Adraee menerusi platform X.Pada Khamis, ketua gerakan itu, Naim Qassem menolak gencatan senjata bersyarat yang diumumkan oleh wakil Lubnan dan Israel.Beliau sebaliknya menuntut gencatan senjata menyeluruh serta pengunduran penuh tentera Israel dari wilayah Lubnan, sambil mengancam untuk melancarkan serangan baharu ke utara Israel.Dalam perkembangan berkaitan, serangan udara Zionis di bandar Tyre telah meragut tujuh nyawa, sekali gus mencemari usaha mengekalkan tempoh bertenang yang masih rapuh.Menurut sumber pertahanan awam, satu serangan berhampiran Hospital Jabal Amel mengorbankan empat individu manakala tujuh yang lain cedera serta menyebabkan kerosakan ringan pada kemudahan kesihatan itu.Satu lagi serangan di lokasi berasingan dalam bandar yang sama menyebabkan tiga terbunuh dan mencederakan lima individu termasuk dua kanak-kanak.Situasi yang kian tegang di Beirut dijangka menggugat proses damai Amerika Syarikat (AS) dan Iran selepas Teheran berulang kali menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas Lubnan boleh mencetuskan konflik yang lebih luas di Asia Barat. - AFP...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description