Mexico City huru-hara menjelang Piala Dunia 2026
10 小时前
MEXICO CITY - Kurang seminggu menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026, ibu kota Mexico dilanda kekecohan susulan protes besar-besaran guru dan bekas hakim, penutupan jalan utama serta projek pembinaan yang masih giat dijalankan pada saat-saat akhir.Pada 11 Jun ini, Stadium Azteca bakal menjadi tumpuan dunia apabila menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan.Namun, ketika perhatian global tertumpu kepada negara Amerika Utara itu, kumpulan guru dan beberapa pihak lain terus mengadakan demonstrasi serta menyekat laluan utama di bandar raya berkenaan.Mereka menegaskan bantahan yang tiada kaitan dengan kejohanan bola sepak itu akan diperhebatkan sekiranya kerajaan pimpinan Presiden Claudia Sheinbaum gagal memenuhi tuntutan golongan tersebut.Kesatuan Guru Kebangsaan Demokratik (CNTE) iaitu cabang yang berbeza pendirian daripada kesatuan guru nasional turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada hari pembukaan Piala Dunia menerusi kenyataan rasmi yang dikongsi di media sosial.Ia menuntut pemerintah menunaikan janji pilihan raya untuk memansuhkan undang-undang 2007 yang merombak sistem pencen dan keselamatan sosial pekerja sektor awam selain menaikkan gaji guru."Kerajaan semasa termasuk pentadbiran bekas Presiden Andres Manuel Lopez Obrador dan Sheinbaum pernah berjanji untuk membatalkan reformasi itu. Tetapi, sehingga kini ia tidak berlaku," kata guru dari negeri selatan Oaxaca, Rodrigo Arias yang berpengalaman selama 40 tahun sebagai pengajar.Menurutnya, pemerintah sekadar melengah-lengahkan masa dengan membuat pelbagai komitmen yang akhirnya gagal ditunaikan."Kami akan terus turun ke jalan raya sehingga suara kami didengari walaupun Piala Dunia semakin hampir," ujarnya ketika menyertai protes di luar Kementerian Dalam Negeri.Di pusat bandar Mexico City, kumpulan bekas hakim dan majistret juga mengadakan protes menuntut bayaran pampasan dan pencen susulan reformasi kehakiman besar-besaran pada 2024 yang menyusun semula sistem perundangan negara.Sheinbaum pula menegaskan beliau tidak akan terpengaruh dengan sebarang provokasi dan tidak bercadang mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap kumpulan demonstran berkenaan.Kerja naik taraf infrastruktur giat dijalankanDemonstrasi itu tertumpu di Insurgentes dan Paseo de la Reforma, dua jalan utama paling sibuk di Mexico City manakala beberapa kumpulan guru lain bertindak menutup laluan di kawasan berbeza sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.Pada Selasa lalu, beberapa penunjuk perasaan nekad merobohkan patung gergasi pemain bola sepak di sepanjang Paseo de la Reforma.Arias bagaimanapun menafikan individu yang terlibat merupakan anggota CNTE dan menegaskan kesatuan itu tidak berniat merosakkan harta benda awam atau mencetuskan konfrontasi.Susulan ketegangan itu, beberapa premis perniagaan di zon protes memasang penghadang besi dan kayu sebagai langkah perlindungan."Kesesakan ini benar-benar menjejaskan kami. Banyak masa terbuang. Anda perlu memahami nasib guru, tetapi pada masa sama tindakan mereka turut menjejaskan sumber pendapatan kami," rungut pemandu penghantar, Armando Escobedo.Menjelang kejohanan itu, pelbagai projek infrastruktur sedang giat dilaksanakan, namun beberapa kerja naik taraf dikatakan masih belum selesai.Antaranya termasuk pengubahsuaian Lapangan Terbang Antarabangsa Benito Juarez dan kerja pembaikan sistem metro dan jalan utama di ibu kota.Pada Selasa lalu, sebuah struktur logam jambatan pejalan kaki di lapangan terbang berkenaan dilaporkan runtuh dan mencederakan seorang pengguna jalan raya.Mexico bakal menjadi tuan rumah kepada 13 perlawanan Piala Dunia 2026 dengan lima aksi berlangsung di Mexico City dan empat perlawanan di Guadalajara dan Monterrey. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

