Anggun bersari redah sawah

9 小时前

Anggun bersari redah sawah
KUANTAN – Busana sari lazimnya digayakan ke majlis keramaian kaum India tetapi berubah peranan menjadi pakaian sukan apabila dipakai ketika merentasi sawah bendang di kampung.Itu antara kelainan yang mencuri perhatian dalam Larian Sawah Kampung Padang 2.0 yang menghimpunkan hampir 800 peserta dengan pelbagai kostum kreatif termasuk busana tradisional tempatan.Peserta, Tengku Rosmaini Tengku Ali, 41, menjadi antara tumpuan apabila tampil anggun menyertai larian dengan persalinan sari lengkap.Menurutnya, pemilihan pakaian dibuat berdasarkan tema kostum mengikut kaum, selain memanfaatkan busana yang pernah digunakan sebelum ini."Sebab ada tema pakaian mengikut kaum, saya pilih untuk pakai baju ini dan ia sebenarnya dibeli untuk majlis makan malam bertemakan Bollywood, jadi saya guna sahaja untuk mewakili tema kaum India."Walaupun berlari dengan sari, saya rasa tidak ada masalah dan kain pun tidak basah kerana boleh diangkat sedikit ketika bergerak," katanya ketika ditemui di Kampung Padang, baru-baru ini.Pengalaman berbeza berbanding larian lainTengku Rosmaini yang hadir bersama tiga rakan memberitahu pengalaman menyertai acara itu sebagai sesuatu berbeza berbanding penyertaannya dalam program larian lain sebelum ini."Selalunya saya sertai larian lain setiap bulan termasuk acara berjalan berkostum dan pakaian bertema adiwira."Tapi ini kali pertama saya sertai larian sawah dengan suasana kampung serta laluan sawah yang memberikan pengalaman menyeronokkan."Kami juga sempat menaiki beca dan singgah di beberapa hentian aktiviti untuk mengail selain menikmati pemandangan sangat cantik," ujarnya yang berharap program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang.Seorang lagi peserta, Noripah Mat, 45, berkata, program itu menjadi pengalaman luar biasa dan lebih mencabar berbanding acara larian lain yang pernah disertainya."Saya rasa acara ini memang lebih menyeronokkan kerana mempunyai banyak aktiviti sampingan."Selain larian, ada pertandingan kostum dan juga pertandingan memancing, jadi suasananya lebih meriah berbanding tempat lain," luahnya.Mengimbau detik paling mencabar, Noripah berkata, laluan merentasi bendang yang dinaiki air memberi pengalaman yang sukar dilupakan terutama apabila berdepan kehadiran lintah."Ini kali pertama kami melalui situasi seperti itu dan sejujurnya saya tidak berani melihat ke tanah dan meneruskan larian," ujarnya.800 peserta sahut cabaranSementara itu, penganjur program, Datuk Rosmi Mohamad berkata, idea penganjuran larian santai ini timbul selepas melihat kebanyakan acara larian sedia ada lebih bersifat kompetitif dan mempunyai podium penamat."Jadi, saya ambil inisiatif untuk mencari satu tempat yang dapat membolehkan komuniti pelari baharu menikmati suasana."Sebab itu saya pilih kawasan sawah padi dan persekitaran kampung. Kita mahu mereka berasa seronok, membawa keluarga sambil menikmati pemandangan tanpa tekanan untuk berlumba," jelasnya.Menurutnya, sambutan edisi kedua kali ini sangat menggalakkan apabila mencatatkan hampir 800 peserta berbanding hanya 650 orang pada edisi pertama tahun lalu.Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan kesungguhan peserta yang mengenakan pelbagai kostum kreatif bagi memeriahkan suasana."Jadi, majoriti peserta datang untuk berseronok sahaja mengikut tema yang kita tetapkan seperti tema pembajak, pekerja dan etnik. Inilah yang memeriahkan lagi aktiviti kita."Peserta kita juga datang dari pelbagai negeri di Semenanjung termasuk Pulau Pinang, Kedah, Johor, Kelantan dan hampir seluruh Pahang," tambahnya.Mengulas mengenai perancangan masa depan, Rosmi menjelaskan pihaknya mempunyai takwim aktiviti yang padat sepanjang tahun ini bagi terus membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description