Pengamal ilmu hitam lesap selepas bunuh isteri, anak cedera parah

9 小时前

Pengamal ilmu hitam lesap selepas bunuh isteri, anak cedera parah
MAMUJU TENGAH - Seorang lelaki tergamak menetak isterinya hingga maut manakala anaknya cedera parah.Tragedi itu berlaku di Dusun Manurung, Desa Tobadak, Kecamatan Tobadak, Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat di Indonesia pada Rabu lalu.Pihak berkuasa kini giat memburu suspek yang melarikan diri selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut.AKBP Hengky Kristanto Abadi berkata, penduduk setempat mendakwa pelaku mengalami gangguan jiwa kerana mengamalkan ilmu hitam."Namun, dakwaan itu belum dapat disahkan selagi suspek belum diberkas. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar dia berbuat demikian," ujarnya.Difahamkan, jenazah isterinya telah dibawa pulang oleh ahli keluarga untuk dikebumikan manakala anak mereka masih dirawat di rumah sakit Kabupaten Polewali Mandar. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description