Lutut kanan cedera, Ketua Penerangan Pemuda MCA teruskan larian solidariti DAK

13 小时前

Lutut kanan cedera, Ketua Penerangan Pemuda MCA teruskan larian solidariti DAK
IPOH - Larian hari pertama Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong dari Taiping ke bangunan Parlimen sebagai solidariti terhadap nasib tiga gajah Malaysia di Jepun berdepan cabaran apabila beliau mengalami kecederaan lutut.Choo Seong berkata, kejadian itu berlaku ketika cuba mengelak sebuah kenderaan di laluan Padang Rengas menuju Kuala Kangsar menyebabkan lutut kanannya terseliuh.Menurutnya, kesakitan dialami memaksa beliau menghentikan larian bagi laluan sejauh kira-kira 10 kilometer dari Sungai Siput ke Chemor sebelum menyambung semula perjalanan pada sebelah petang ke Ipoh."Perjalanan hari pertama ini agak mencabar kerana seperti yang kita sedia maklum, laluan dari Taiping ke Ipoh ini berliku dan berbukit."Tetapi itu tidak mematahkan semangat saya. Selepas berehat saya mulakan kembali larian dari Chemor sampailah ke Ipoh," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.Beliau akan mendapatkan rawatan lanjut bagi menilai tahap kecederaan bagi memastikan larian dapat diteruskan."Jika perlu ambil ubat tahan sakit atau suntikan, saya akan ambil kerana saya mahu menamatkan larian ini sebelum hari pertama persidangan Parlimen pada Isnin ini," katanya.Larian Solidariti Bersama DAK selama enam hari itu bertujuan menyuarakan kebimbangan terhadap kebajikan tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.Ia membabitkan laluan sejauh 290 kilometer dari Taiping ke Ipoh, Ipoh ke Kampar, Kampar ke Tapah, Bidor ke Tanjung Malim, Tanjung Malim ke Selayang dan Selayang ke bangunan Parlimen.Choo Seong turut merakamkan penghargaan kepada sukarelawan dan pelari yang menyertainya sepanjang laluan."Saya amat menghargai sokongan mereka walaupun ada yang hanya menyertai beberapa kilometer, ia tetap memberi semangat untuk saya teruskan larian ini," katanya.Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri itu akan meneruskan larian hari kedua dari Ipoh ke Kampar bermula jam 5 pagi pada Khamis dan dijadual mengadakan sesi bersama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang menyokong misi tersebut....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description