Pejam celik, pejam celik sudah setengah tahun
11 小时前
PEJAM celik, pejam celik, sudah setengah tahun berlalu. Bulan Jun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak lama lagi, kita akan memasuki separuh kedua tahun 2026.Bagaimana dengan perjalanan perniagaan anda? Sudahkah anda mencapai kesemua sasaran yang ditetapkan setakat ini?Menilai pelaksanaan pelan perniagaan ataupun objektif-objektif strategik yang ditetapkan di awal tahun merupakan amalan terbaik dalam sektor korporat.Pelaksanaan strategi perlu diukur keberkesanannya, lebih-lebih lagi untuk tempoh seperti separuh pertama tahun 2026 ini, di mana seluruh dunia dikejutkan dengan konflik di Iran. Berapa banyak andaian yang kita buat akhirnya tersasar disebabkan situasi ini?Langkah-langkah menilai pencapaian strategik sebenarnya tidak sukar. Bandingkan sahaja kedudukan perniagaan ketika ini dengan perkara-perkara utama yang disasarkan dalam pelan perniagaan.Contohnya, adakah jualan kita mencapai sasaran? Adakah kita berjaya menguasai segmen pasaran yang dipilih? Adakah produk yang ingin diperkenalkan berjaya memasuki pasaran dan mendapat sambutan seperti yang dijangka?Soalan-soalan di atas merupakan soalan lazim dalam menilai prestasi perniagaan. Namun, ia hanya menyentuh aspek pemasaran dan jualan sahaja. Terdapat banyak lagi aspek perniagaan yang perlu dinilai seperti operasi, pengeluaran, modal insan dan kewangan.Sebenarnya, prestasi kewangan ditentukan berdasarkan keberhasilan pelbagai aspek yang dirancang dan dilaksanakan dalam perniagaan. Mana-mana aspek yang berbeza daripada apa yang disasarkan perlu dikaji puncanya. Ini termasuk aspek positif seperti jualan yang melebihi sasaran atau kos yang lebih rendah daripada yang diperuntukkan dalam belanjawan.Kadangkala, faktor di sebalik pencapaian tersebut amat penting untuk membantu meningkatkan prestasi pada separuh kedua tahun ini.Sebagai contoh, lebihan jualan mungkin berpunca daripada keputusan menurunkan harga akibat persaingan yang terlalu sengit dalam segmen pasaran. Namun, apabila dirujuk kepada keuntungan kasar, margin keuntungan mungkin semakin menipis.Nampak tak, prestasi yang pada zahirnya positif sebenarnya menunjukkan risiko yang sedang dihadapi oleh perniagaan?Pengurangan kos berbanding belanjawan pula mungkin berlaku kerana perniagaan gagal berbelanja seperti yang dirancang, bukannya hasil penjimatan sebenar.Antara sebab biasa ialah pengambilan pekerja baharu yang lebih rendah daripada perancangan. Ini bukan satu penjimatan, tetapi kegagalan dalam fungsi modal insan.Sudah tentu, satu aspek penting dalam penilaian separuh tahun ialah prestasi kewangan. Namun, seperti yang dijelaskan, prestasi kewangan hanyalah gambaran kepada keberhasilan pelaksanaan pelan perniagaan atau strategi.Jika prestasi kewangan tidak memuaskan, jangan menyalahkan akauntan. Sebaliknya, kaji aspek-aspek utama perniagaan yang menjadi punca kepada keuntungan atau kos.Apa yang lebih penting daripada penilaian separuh pertama tahun ini ialah perancangan untuk separuh kedua.Mungkin terdapat andaian di awal tahun yang tidak tepat. Program yang lewat daripada jadual pula perlu disusun semula, dan kesannya terhadap perniagaan perlu dikenal pasti.Melalui proses penilaian ini, peluang yang terlepas boleh dikenal pasti, manakala kelemahan dan risiko boleh ditangani dengan lebih berkesan. Perniagaan akan lebih bersedia dan mempunyai kejelasan tentang fokus untuk enam bulan seterusnya.Jangan segan untuk menilai prestasi usaha kita setakat ini. Mengabaikan kelemahan yang ada hanya akan menjejaskan masa depan perniagaan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

