Ribuan iringi pengebumian kanak-kanak lemas selamatkan rakan
10 小时前
INGUSHETIA – Ribuan penduduk menghadiri pengebumian seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang ditemukan lemas selepas hilang selama lapan hari ketika cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh dalam Sungai Sunzha.Jenazah Khizir dikebumikan di Troitskaya pada Isnin selepas ditemukan berhampiran Jalan Kalimatova di bandar Sunzha, sekali gus menamatkan operasi pencarian besar-besaran yang mendapat perhatian masyarakat di wilayah Caucasus.Difahamkan, kejadian berlaku ketika Khizir berada di tepi sungai bersama dua rakannya sebelum Adam, tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.Khizir kemudian bertindak terjun untuk menyelamatkan rakannya, manakala seorang lagi rakan mereka, Muhammad, berlari mendapatkan bantuan.Adam akhirnya berjaya diselamatkan selepas berpaut pada akar pokok dengan bantuan orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, namun Khizir dihanyutkan arus deras.Operasi mencari mangsa bermula sejak 15 Jun lalu dengan kira-kira 4,000 individu terlibat, termasuk anggota penyelamat dan sukarelawan dari Chechnya, Dagestan, Ossetia Utara serta Kabardino-Balkaria.Pihak berkuasa Chechnya memaklumkan, anak-anak pemimpin republik itu, Ramzan Kadyrov, turut mengadakan doa khas agar mangsa ditemukan, selain anggota keselamatan dan pegawai republik berkenaan menyertai operasi pencarian.Menurut laporan Fortanga, ribuan orang termasuk sukarelawan dari pelbagai wilayah, anggota penyelamat dan tokoh agama hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Khizir.Sepanjang operasi pencarian, puluhan ribu orang mengikuti perkembangan kes itu, malah sukarelawan turut datang dari pelbagai wilayah di Rusia serta luar negara bagi membantu usaha mencari mangsa.Laporan The Magas Times menyatakan jenazah Khizir diusung ke tanah perkuburan sambil diiringi laungan takbir oleh penduduk, sukarelawan dan orang ramai yang memenuhi kampung berkenaan....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

