Projek lebuh raya WISE diteruskan, terima terbitan sukuk RM5.55 bilion

11 小时前

Projek lebuh raya WISE diteruskan, terima terbitan sukuk RM5.55 bilion
KUALA KANGSAR - Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) memasuki fasa baharu selepas memperoleh terbitan sukuk berjumlah RM5.55 bilion, membolehkan kerja-kerja pembinaan dimulakan secara berperingkat.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada syarikat konsesi, projek lebuh raya berkenaan kini berada pada peringkat akhir mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan utama.Menurutnya, perkara itu sekali gus menandakan isu pembiayaan yang sebelum ini menjadi antara kekangan utama projek berkenaan telah berjaya diselesaikan."Dulu kita kata projek ini sangkut kerana tidak ada pendana, sekarang isu telah selesai. Mereka telah mendapat sukuk berjumlah RM5.55 bilion. Itu laporan yang saya terima," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Jubli Perak di sini, pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Lebuhraya WISE sepanjang kira-kira 60 kilometer itu bakal dibangunkan dengan tiga lorong dua hala, bermula dari Gopeng melalui beberapa kawasan termasuk Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar dan seterusnya ke Kuala Kangsar.Projek berkenaan dijangka menjadi laluan alternatif utama pengguna jalan raya khususnya bagi mengurangkan kesesakan di Terowong Menora.Mengulas lanjut, Saarani berkata, dengan penyelesaian isu pembiayaan tersebut, projek menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) berkenaan kini boleh diteruskan ke fasa seterusnya melibatkan kerja-kerja lapangan."Mereka beri jaminan, gerak kerja seterusnya adalah kerja-kerja berkaitan urusan tanah. Bermakna selepas ini, fasa seterusnya ialah pembinaan," katanya.Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan lanjutan tempoh enam bulan kepada syarikat konsesi selepas tempoh kelulusan prinsipalnya tamat pada September 2026.Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, syarikat konsesi perlu melengkapkan rundingan dengan institusi kewangan bagi memastikan dana mencukupi sebelum projek dilaksanakan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description