Lelaki ditahan kes samun, cedera dan ugut dua warga asing

12 小时前

Lelaki ditahan kes samun, cedera dan ugut dua warga asing
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki tempatan menahan dan menyemak dokumen serta menyamun warga asing membawa padah apabila dia ditahan polis di Taman Perling, di sini pada Jumaat.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara kira-kira jam 5.40 petang.Jelas beliau, penahanan suspek dibuat susulan dua laporan polis diterima daripada dua lelaki etnik Rohingya berusia 25 dan 35 tahun pada Rabu dan Khamis."Dalam kejadian pertama di Taman Perling itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal untuk mencari pelanggan memotong rumput ditahan suspek sebelum kad UNHCR dan mesin pemotong rumput milik mangsa dirampas. Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian."Sementara bagi kejadian kedua pula berlaku di kawasan berhampiran di mana suspek bertindak menahan seorang lagi warga asing dan meminta kad UNHCR. Bagaimanapun, berlaku pertengkaran sehingga suspek bertindak menumbuk serta mengugut mangsa," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.Ab Rahaman berkata, hasil penahanan suspek, polis merampas sebuah mesin pemotong rumput, kunci motosikal, sepasang pakaian, sebilah parang dan sekeping kad UNHCR."Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah."Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 September selepas perintah reman dibenarkan Majistret Mahkamah Johor Bahru bagi membantu siasatan," ujar beliau.Dalam pada itu, polis turug memanggil pemilik motosikal berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 76 tahun bagi merakam keterangan."Polis juga membuat semakan ketulenan kad UNHCR mangsa menerusi pejabat UNHCR di Kuala Lumpur."Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun; Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan ugutan jenayah," jelasnya.Pada masa sama, polis mengingatkan orang ramai bahawa mana-mana pihak selain pihak berkuasa yang menahan, menyekat dan menyemak dokumen diri individu lain adalah melakukan perbuatan menyalahi undang-undang....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description