Feri rentung: Angka kematian cecah 76, 13 masih hilang
12 小时前
ISTANBUL - Angka kematian kebakaran feri penumpang di luar pantai wilayah Palawan, barat Filipina, meningkat kepada 76 orang, dengan 13 orang masih hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Sabtu.PCG menyatakan bahawa 41 lagi mayat rentung ditemukan di dalam kapal MV June Aster itu, menjadikan jumlah kematian yang disahkan meningkat daripada 35 kepada 76 orang.Mayat-mayat tersebut dijangka dibawa menggunakan kapal BRP Cape Engano pada Ahad, tambah kenyataan itu.Menurut Pengawal Pantai, jumlah mangsa terselamat kekal 43 orang. Berdasarkan rekod tiket kapal yang mencatatkan 134 orang, 13 individu belum dikesan, manakala dua orang yang tersenarai dalam rekod itu memaklumkan bahawa mereka tidak menaiki feri berkenaan.Pihak berkuasa berkata, angka itu mungkin berubah memandangkan operasi pencarian dan pengecaman masih diteruskan.Kapal MV June Aster dalam perjalanan dari Manila ke Coron di Palawan apabila ia terbakar pada malam Rabu.Laporan awal menyebut kapal itu membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal.Lima orang disahkan meninggal dunia pada malam Rabu, manakala 43 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan.Pihak berkuasa kemudiannya menemukan 30 mayat dari kapal yang rentung itu selepas kebakaran berjaya dipadamkan dan penilaian keselamatan selesai dijalankan. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

