Projek Pintasan Cameron Highlands bukan punca banjir kilat - KKR
1 天前
KUANTAN - Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh susulan hujan lebat di beberapa lokasi di Cameron Highlands baru-baru ini tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pembinaan fizikal Projek Jalan Pintasan Cameron Highlands.Penjelasan itu dibuat Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan ekoran kebimbangan dibangkitkan berhubung kejadian berkenaan termasuk gesaan supaya projek tersebut dihentikan sementara.Menurut KKR, projek tersebut melibatkan pembinaan Jalan Pintasan Tanah Rata, menaik taraf Jalan Persekutuan FT59 dari Tanah Rata ke Kea Farm dan menaik taraf Jalan Persekutuan FT434 (Jalan Griddle) masih berada pada peringkat reka bentuk serta kajian penilaian.Jelasnya, sehingga kini, tiada sebarang kerja pembinaan fizikal berkaitan projek dilaksanakan di tapak, kecuali kerja penyelenggaraan rutin di jalan sedia ada."Oleh itu, sebarang dakwaan yang mengaitkan kejadian banjir kilat berkenaan dengan aktiviti pembinaan fizikal projek ini adalah tidak tepat."Berdasarkan semakan awal, kejadian banjir di kawasan taman MARDI dan Padang Awam di Tanah Rata yang dilaporkan pada Sabtu adalah berlaku di jalan sekunder."Lokasi tersebut bukan sebahagian daripada jajaran jalan utama yang terlibat dalam projek ini," kata kenyataan itu pada Ahad.Dalam pada itu, KKR mengesahkan kejadian tanah runtuh berskala kecil telah berlaku di Jalan Tengkolok iaitu kawasan di bawah skop penyelenggaraan rutin kontraktor projek.Kenyataan itu memaklumkan, kerja pembersihan sisa runtuhan telah dilaksanakan dengan segera dan telah selesai bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pengguna jalan raya.KKR turut memandang serius semua kebimbangan berkaitan keselamatan cerun, keadaan geologi, sistem saliran dan risiko bencana."Pelaksanaan projek ini tertakluk kepada semua penilaian, kelulusan dan syarat teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan, termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Sosial (SIA), keperluan geoteknikal serta kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan."Kerja pembinaan fizikal hanya akan dimulakan setelah semua kelulusan dan syarat berkaitan dipenuhi," katanya.Pada Sabtu, Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) mendesak kerajaan menghentikan sementara projek Jalan Pintasan Royal Lily–Villa Dahlia, Tanah Rata sehingga aspek keselamatan cerun, keadaan geologi, sistem saliran dan risiko bencana dinilai secara menyeluruh.Presidennya, Dilip Martin dilaporkan berkata, desakan itu dibuat selepas hujan lebat selama dua hari menyebabkan kejadian tanah runtuh, hakisan dan banjir kilat di beberapa lokasi di Cameron Highlands....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

