Thailand pertimbang fi 450 Baht kepada pelancong asing mulai 2027
13 小时前
BANGKOK - Kerajaan Thailand kini menjalankan rundingan awam mengenai cadangan mengenakan fi pelancongan sebanyak 450 Baht (kira-kira RM55.35) kepada semua pelancong asing.Kementerian Pelancongan dan Sukan memaklumkan cadangan itu dibuka untuk rundingan awam sehingga 28 September sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Dasar Pelancongan Kebangsaan untuk diteliti.Menurut Menteri Pelancongan dan Sukan, Surasak Phancharoenworakul, kadar yang dicadangkan ialah 450 Baht bagi setiap orang tanpa mengira sama ada pelancong memasuki negara itu melalui udara, darat atau laut."Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan dan standard keselamatan Thailand, sekali gus membantu sektor itu berkembang tanpa bergantung sepenuhnya kepada belanjawan kerajaan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Perhubungan Awam Thailand.Kerajaan Thailand menjangka kutipan fi itu akan bermula pada suku pertama 2027 selepas mendapat kelulusan Kabinet dan disiarkan dalam Warta Kerajaan.Rancangan mengenakan fi kemasukan pelancong ke Thailand pertama kali dicadangkan sekitar 2019 hingga 2020, manakala kadar tetap 450 Baht itu disemak semula pada Ogos tahun ini.Tahun lepas, Thailand menerima kira-kira 33 juta pelancong asing, yang berpotensi menjana anggaran 14.8 bilion Baht untuk dana pelancongan. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

