Singapura wajibkan VEP sah bagi kenderaan berdaftar asing mulai 6 Oktober
16 小时前
SINGAPURA - Semua kenderaan berdaftar asing yang memasuki Singapura menerusi pusat pemeriksaan darat diwajibkan memiliki Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang sah mulai 6 Oktober 2026, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).ICA memaklumkan pengembara yang memasuki Singapura dengan kereta menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Tuas perlu memastikan kenderaan mereka mempunyai VEP yang sah sebelum menyerahkan Kad Ketibaan Singapura (SGAC).Menurut ICA, sistem itu akan mengesahkan status VEP kereta berdaftar asing ketika SGAC diserahkan dan akan memberi amaran kepada pengembara termasuk penumpang sekiranya kenderaan itu tidak mempunyai VEP yang sah."Jika kenderaan itu tidak mempunyai VEP yang sah, pengembara tidak akan dapat melengkapkan penyerahan SGAC mereka."Mereka akan diminta memohon VEP sebelum melakukan perjalanan ke Singapura," menurut ICA dalam hantaran Facebook pada Selasa.Menurut ICA, VEP yang sah turut memastikan kenderaan mempunyai perlindungan insurans motor yang diperlukan di Singapura kerana insurans motor yang sah sepanjang tempoh kenderaan berada di negara itu merupakan syarat untuk mendapatkan VEP."Pengesahan awal VEP itu membolehkan pengembara memastikan sebelum memulakan perjalanan bahawa kenderaan yang dinaiki mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi sekiranya berlaku kemalangan jalan raya."VEP tidak boleh dikeluarkan tanpa insurans motor," menurut ICA. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

