PH Negeri Sembilan anjur solat hajat mohon krisis institusi diraja berakhir

16 小时前

PH Negeri Sembilan anjur solat hajat mohon krisis institusi diraja berakhir
SEREMBAN - Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan (MPNPHNS) akan mengadakan Munajat Rakyat dan Solat Hajat secara berjemaah di daerah ini pada 24 September ini.Menerusi kenyataan media dikeluarkan, MPNPHNS memaklumkan, program berkenaan diadakan bagi memohon kepada ALLAH SWT agar segala kekusutan yang sedang berlaku di negeri berkenaan dapat diselesaikan."Program ini akan disusuli dengan penganjuran solat hajat di peringkat Parlimen pada minggu-minggu berikutnya."Kita memohon kepada ALLAH SWT agar segala kekusutan dapat diuraikan, kebenaran diperlihatkan serta Negeri Sembilan terus dipelihara dalam keamanan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan," kata kenyataan itu pada Selasa.Tambah kenyataan itu, pihaknya memandang serius perkembangan berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Jelas kenyataan itu, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan secara ‘total’ ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam usaha untuk menyingkirkan dan menurunkan Tuanku Muhriz daripada takhta melalui suatu proses yang didapati tidak mematuhi Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan(UUTKNS) 1959."Perkara ini menjadi lebih serius apabila Menteri Besar melalui surat bertarikh 17 September 2026 kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memohon supaya perkara berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz dan pemilihan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu."Surat tersebut turut memaklumkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 September 2026 yang mengiktiraf penurunan takhta Tuanku Muhriz dan pemilihan Tuanku Nadzaruddin serta mengarahkan pentadbiran kerajaan negeri melaksanakan keputusan tersebut," kata kenyataan itu.Menurut MPNPHNS, usaha menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar melalui proses yang tidak mematuhi UUTKNS 1959 dan diikuti tindakan pentadbiran untuk mengiktiraf yang lain dengan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Raja-Raja Melayu, merupakan suatu penderhakaan secara terang-terangan terhadap Raja Pemerintah.Jelas kenyataan itu, perkara tersebut lebih serius apabila ia melibatkan mereka yang memegang amanah dalam pentadbiran kerajaan negeri serta telah mengangkat sumpah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan institusi Diraja."MPNPHNS menegaskan bahawa Menteri Besar hendaklah mengambil tindakan sewajarnya terhadap titah Yang di-Pertuan Besar supaya senarai calon Exco yang baharu dipersembahkan untuk pertimbangan dan perkenan baginda menurut UUTKNS 1959."Tiada mana-mana anggota pentadbiran negeri boleh memilih untuk mematuhi titah Raja hanya apabila titah tersebut selari dengan kehendak mereka sendiri," kata kenyataan itu.Justeru tambah kenyataan itu, pihaknya memandang tindakan seramai 10 Exco sebagai amat serius kerana ia menyentuh secara langsung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagaimana terkandung dalam Rukun Negara."MPNPHNS menggesa supaya keseluruhan perkara ini disiasat secara telus, bebas dan menyeluruh oleh pihak berkuasa yang berkaitan."Sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang, tindakan tegas hendaklah diambil tanpa mengira kedudukan, pangkat atau jawatan," kata kenyataan itu.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description