Latihan industri buka ruang pelajar UPM dalami penyelidikan herba
14 小时前
KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berpeluang mendalami penyelidikan berasaskan herba serta memperoleh pengalaman dalam persekitaran industri sebenar menerusi kerjasama strategik dengan Himalaya Wellness Malaysia.Kerjasama itu dimeterai menerusi pertukaran Surat Hasrat (LOI) sempena University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini.Inisiatif berkenaan antara lain membuka ruang kepada pelajar UPM menjalani latihan industri di Himalaya Wellness, sekali gus memahami bagaimana pengetahuan akademik dan penyelidikan berasaskan herba diaplikasikan dalam industri.Pengurus Besar Kluster Himalaya Wellness bagi Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina, Kumaran Chandrasergaran berkata, pembangunan bakat menjadi antara bidang utama yang diberi perhatian menerusi kerjasama berkenaan."Kami mahu membuka peluang kepada pelajar UPM untuk menjalani latihan industri di Himalaya supaya mereka dapat melihat sendiri bagaimana pengetahuan akademik diterapkan dalam industri."Pada masa sama, kami giat berbincang mengenai pembangunan program atau kandungan pendidikan berkaitan perubatan komplementari," katanya.Pertukaran LOI itu disempurnakan Kumaran bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Ir Dr Abd Rahim Abu Talib yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof Dr Shamsul Bahri Md Tamrin.Menurut Kumaran, kandungan pendidikan yang dirancang berpotensi memberi pendedahan tambahan kepada pelajar dalam bidang perubatan dan farmasi mengenai penyelidikan serta produk berasaskan herba.Selain pembangunan bakat, kedua-dua pihak turut mengenal pasti penyelidikan bahan berasaskan herba sebagai antara bidang kerjasama yang boleh diterokai.Katanya, antara bahan yang sedang dibincangkan ialah semambu atau neem dan kunyit, namun skop penyelidikan masih perlu diperincikan bersama UPM."Ini baru permulaan dan selepas ini kami akan duduk bersama UPM untuk mengenal pasti projek yang sesuai, termasuk skop kajian dan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan," katanya.Beliau berkata, kerjasama penyelidikan itu turut membuka ruang kepada penghasilan penerbitan akademik berkaitan bahan atau produk berasaskan herba, tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.Bagaimanapun, penglibatan kemudahan atau makmal penyelidikan UPM masih belum dimuktamadkan berikutan perincian projek perlu dibincangkan terlebih dahulu.Surat Hasrat berkenaan turut merangkumi kerjasama dalam pembangunan produk dan suplemen berasaskan herba serta pengintegrasian kandungan akademik berkaitan perubatan komplementari.Kedua-dua pihak selepas ini akan mengenal pasti projek keutamaan sebelum menetapkan skop, tanggungjawab dan tempoh pelaksanaan bagi setiap inisiatif yang dipersetujui....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

