Tiada asas menenun songket, anak Sarawak dinobat pelajar terbaik SKM IKN
9 小时前
RAWANG - Bermula tanpa sebarang pengetahuan asas mengenai seni tenunan songket, seorang anak muda membuktikan kesungguhan dan usaha mampu membuahkan kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Institut Kraf Negara (IKN)Mohammad Asyraf Abdullah Mohammad Ariffin, 23, berkata, pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang tersebut sebelum menerima cadangan daripada bapa saudaranya."Memang saya langsung tidak tahu mengenai bidang ini kerana selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya memang hanya ingin bekerja sahaja tapi bapa saudara saya kemudian mencadangkan supaya saya menyambung pengajian dalam bidang ni."Saya tidak menyangka akan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan kerana saya hanya dimaklumkan mengenai anugerah terbaik jurusan ketika raptai semalam, anugerah keseluruhan pula pada pagi ini," katanya pada Istiadat Konvokesyen IKN di Rawang pada Khamis.Sebelum itu, istiadat tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.Asyraf yang berasal dari Sarawak berkata, antara cabaran utama sepanjang pengajian ialah mempelajari teknik tenunan, terutama ketika berdepan masalah benang yang mudah putus.Namun, di sebalik cabaran tersebut, kejayaan menyiapkan kain tenunan bagi tugasan akhir semester menjadi antara kenangan paling manis buat Asyraf dimana hasil tugasannya dipilih sebagai tenunan songket terbaik."Ketika semester akhir, saya banyak meluangkan masa tambahan bersama pensyarah untuk menyiapkan tugasan."Saya terkejut tugasan saya dipilih yang terbaik sebab ramai lagi rakan-rakan hasilkan tenunan yang lebih cantik," ujarnya.Dalam pada itu, Asyraf berkata, dia berhasrat menyertai program inkubator di bawah Kraftangan Malaysia bagi meneruskan penglibatannya dalam bidang tenunan songket selepas tamat pengajian."Program berkenaan memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan serta memasarkan sendiri produk kain tenunan," katanya.Asyraf merupakan antara 200 graduan yang diraikan pada istiadat konvokesyen berkenaan.Daripada jumlah itu, seramai 51 graduan penerima Diploma Seni Kraf, 17 penerima Sijil Seni Kraf dan 48 penerima SKM menerusi Sistem Latihan Program Bertauliah (SKM-SLaPB) serta empat lagi penerima SKM melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) menerusi Pusat Penilaian Amali(PPA)Turut diraikan, 80 penerima (SKM-PPT) menerusi program ([R]ACE-ILB 2026) di bawah Kraftangan Malaysia selaku Badan Peneraju Industri....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

