137 baung ekor merah lebih satu tan ditangkap
13 小时前
KUANTAN – Sebanyak 137 ikan baung ekor merah dengan berat keseluruhan 1,046.66 kilogram (kg) berjaya didaratkan menerusi program Pahang 1st Tawan Baung Ekor Merah Fest pada Sabtu.Program itu membabitkan penyertaan 1,110 pemancing yang menjalankan aktiviti menangkap spesies ikan berkenaan secara serentak di tujuh lokasi di seluruh Pahang.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, usaha menangani ancaman ikan asing invasif seperti baung ekor merah memerlukan tindakan berterusan dan kerjasama semua pihak bagi memastikan keseimbangan ekosistem perairan darat terus terpelihara."Program ini merupakan pendekatan proaktif untuk mengurangkan populasi baung ekor merah di perairan Pahang."Ancaman spesies ikan asing invasif perlu ditangani secara berterusan bagi melindungi spesies ikan tempatan dan mengekalkan keseimbangan ekosistem akuatik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mengulas jumlah tangkapan, Adnan berkata, Tanjung Gahai, Lipis mencatatkan berat keseluruhan tertinggi iaitu 193.50 kg menerusi tangkapan 16 ekor ikan.Katanya, jumlah itu diikuti Pekan dengan 191.44 kg daripada 23 ekor, manakala Kuala Krau, Temerloh merekodkan 182.38 kg hasil tangkapan 30 ekor ikan."Bagi kategori ikan terberat, Tanjung Gahai, Lipis muncul juara menerusi tangkapan seberat 23.32 kg oleh peserta, Muhamad Fauzi Ahmad."Tempat kedua dimenangi Kampung Ganding, Lipis dengan catatan 20.96 kg, manakala Pekan menduduki tempat ketiga dengan 20.86 kg," ujarnya.Beliau berkata, bagi kategori ikan terbanyak pula, Kuala Krau, Temerloh muncul juara dengan 30 ekor ikan seberat 182.38 kg."Jerantut Feri, Jerantut berada di tempat kedua dengan 27 ekor seberat 153.48 kg, diikuti Pekan di tempat ketiga dengan 23 ekor seberat 191.44 kg," katanya.Adnan berkata, penyertaan pemancing di tujuh lokasi membuktikan peranan penting komuniti dalam membantu kerajaan menangani ancaman ikan asing invasif."Kerjasama antara kerajaan negeri Pahang, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Majlis Belia Negeri Pahang ini wajar diteruskan bagi memperkukuh penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia dan komuniti pemancing, dalam usaha pemuliharaan sumber perikanan serta perlindungan biodiversiti perairan darat," katanya.Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kehadiran spesies ikan asing invasif berpotensi mengganggu rantaian makanan, mencetuskan persaingan habitat dan mengancam kelangsungan spesies ikan tempatan."Jabatan Perikanan akan terus mempergiat usaha pemantauan dan kawalan populasi spesies ikan asing invasif di samping meningkatkan kesedaran orang ramai agar tidak melepaskan ikan asing ke perairan umum."Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan biodiversiti dan sumber perikanan darat negara terus terpelihara," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

