Amanz
1 day ago
Selepas beberapa kali dilanjutkan sebelum ini, tarikh akhir yang ditetapkan untuk TikTok adalah 17 September 2025. Walaupun ia hanya berbaki sekitar dua hari, namun mengikut jangkaan ramai, Donald Trump dijangka melanjutkan lagi tarikh berkenaan.
Sebelum ini, Donald Trump telah beberapa kali menyatakan mempunyai pembeli berpotensi untuk TikTok di Amerika Syarikat, namun sehingga kini perkara berkenaan tidak dinyatakan lagi. Sementara itu, pihak ByteDance tidak mengeluarkan sebarang komen, termasuk sama ada terbuka untuk menjualnya atau tidak.
Ia tidak diketahui lagi berapa kali lagi Donald Trump akan melanjutkan tempoh untuk TikTok. Dengan pelanjutan beberapa kali sebelum ini sendiri, ramai melihat perkara ini seperti tidak serius untuk dikuat-kuasakan. Pihak TikTok sendiri sebelum ini dilaporkan telah bersedia dengan membangunkan sebuah aplikasi berasingan untuk pasaran Amerika Syarikat.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free